Kalau anda masih ingat tahun lepas, adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’ mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Pada waktu itu umur adik Ainul baru sahaja berumur 9 bulan, melihat fotonya yang menyayat hati itu, Harian Metro pernah kongsikan bahawa ada individu yang sampai sanggup jual motosikal demi menyalurkan bantuan buat adik Ainul.
Nak dipendekkan cerita, dengan kuasa viral ini jugalak adik Ainul telah mendapat perhatian Dr. Amalina Che Bakri.untuk memberikan bantuan rawatan bayi malang ini.
Dah boleh keluarkan suara
Berikutan itu, Kerajaan Melaka membiayai kos pengangkutan dan penerbangan Ainul sekeluarga ke UK.
Akhirnya, tumor seberat 200 gram yang membesar di dalam mulut Ainul Mardhiah telah berjaya dikeluarkan oleh sepasukan pakar diketuai Profesor David Dunaway.
Selepas setahun berlalu Dr Amalina semalam ada muat naik perkongsian terkini tentang adik Ainul di Twitter. Menurutnya, adik Ainul kini memberikan perkembangan positif sampai buatkan netizen ‘cair’ bila melihatnya.
Saya terima gambar baru daripada ibu Ainul, alahai comelnya rambut baru Ainul”
Clever girl!”
Dah reti keluarkan suara, clever girl! pic.twitter.com/Dq3X9IqIlS
— Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri) April 22, 2020
Pekrongsian ini telah meraih lebih daripada 12 K retweets. Ramai netizen sebak dan terharu melihat adik ini.
Saya doa Ainul boleh bernafas tanpa tong oksigen – Netizen
Admin juga mendoakan agar adik Ainul sentiasa sihat dan boleh membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Amin.