Seperti pepatah ‘masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak’, apabila berada di negara orang, kita sebagai orang luar haruslah berusaha untuk memahami dan menyesuaikan diri dengan keadaan setempat.
Bukan itu sahaja, selain daripada mengetahui budaya negara yang didiami, kita juga digalakkan untuk memahami bahasa ibunda mereka supaya senang untuk berkomunikasi dengan komuniti tempatan.
Oleh hal yang demikian, biasa kita dengar panggilan ‘bule’ digunakan di Indonesia untuk membahasakan golongan ‘orang putih’ dari negara barat. Kebanyakan mereka boleh berbahasa Indonesia dengan fasih dan memahami bahasa ibunda negara jiran tersebut.
@nastasyashinee MASAK PINKANDEL WOI
♬ оригинальный звук – ?? BAGUS ISTRI ?? – BAGUS ISTRI Shine Rusia
Jadi, sebuah video yang dikongsi di laman TikTok oleh pemilik akaun Nastasyashinee, seorang Youtuber warga Russia yang berkahwin dengan warga tempatan Indonesia viral kerana gelagatnya yang gigih menggunakan bahasa ibunda suaminya iaitu bahasa Indonesia.
Walaupun tidak berapa fasih, tetapi gaya percakapannya itu cukup kelakar untuk membuat suaminya berteka-teki nak faham apa yang disampaikannya. Bukan sahaja suaminya, malah para netizen juga turut bermain teka-teki di ruangan komen!
Gelagatnya yang comel berbahasa Indonesia itu selayaknya diberi pujian kerana usahanya untuk bertutur dalam bahasa yang bukan bahasa tuturnya itu bukanlah satu perkara yang mudah.
Kalau korang bijak, korang teka lah apa dia cakap. Min dah try teka, lambat lah sikit nak faham…hehehe
Baca: Walaupun bukan sekali lafaz- [VIDEO] Sweet! Mat Salleh Cuba Lafaz Akad Nikah Bahasa Melayu