Kita pernah digemparkan dengan sindiket Macau Scam yang telah berjaya memperdayakan ramai orang sehingga mangsa rugi puluhan ribu ringgit.
Sindiket penipuan ini bukan sahaja menjadi masalah di Malaysia, malah ia juga menjadi barah di negara lain. Jadi, kali ini, kami nak kongsikan tujuh taktik penipuan yang sering digunakan oleh scammers di seluruh dunia. Lepas ni, korang kena lebih berhati-hati dan jangan mudah tertipu.
#1 Cincin hilang
Menurut Business Insider, taktik ini digunakan secara meluas di kota cinta Paris. Difahamkan, scammer akan menyamar jadi seseorang yang mendakwa ternampak cincin yang kita pakai jatuh walaupun kita sebenarnya tak ada sebarang barang perhiasan pada jari.
Scammer ini akan bertegas suruh kita ambil jugak cincin tadi. Walaupun kita dah explain yang tu bukan kepunyaan kita, mereka tetap akan paksa kita ambil. Lepas je kita ambil cincin tu, dia akan mintak sejumlah wang sebab katanya dia dah tolong kita menjumpai cincin tadi. Bijak betul tipu helah dorang ni.
#2 Pura-pura pekak dan minta wang
Kaedah penipuan ini pula cukup terkenal di benua Eropah. Sindiket ini pula sering menggunakan kanak-kanak untuk pura-pura pekak dan mereka akan minta duit daripada orang awam khususnya pelancong.
Jangan mudah kesian sebab kanak-kanak ni tak ada masalah pendengaran pun sebenarnya.
#3 Pengci scam di China
Taktik ini pula begitu popular di China di mana scammers akan sengaja buat-buat dilanggar kenderaan di jalan raya untuk dapatkan wang pampasan secara mudah.
Memetik laporan dari portal Odisi, istilah pengci itu bermaksud porselin pecah di mana pada suatu ketika dahulu, penjual porselin gemar meletakkan porselin yang mudah pecah di depan kedai. Ini membolehkan penjual ini meminta ganti rugi daripada pelanggan yang dikatakan ‘merosakkan’ objek tadi.
So, kalau memandu kereta ketika melancong di China suatu hari nanti, pastikan kenderaan tu dipasang dashcam supaya korang tak jadi mangsa scammers Pengci ni.
#4 Gelang persahabatan
Taktik ini pula digunakan di mana seorang individu tak dikenali akan mendekati kita untuk menunjukkan cara-cara untuk memakai friendship bracelet. Mereka kemudiannya memakaikan gelang tersebut pada tangan kita.
Gelang tu pula sukar untuk dibuka semula so, nak tak nak kita terpaksa bayar harga gelang tadi kepada scammer tersebut.
#5 Pura-pura mengenali kita
Manakala di Filipina pula, scammers akan menggunakan taktik di mana mereka berpura-pura mengenali kita atau pun mereka familliar dengan wajah kita. Menurut laman web World Nomads, selalunya mereka akan cakap macam ni sebab mereka claim mereka bekerja di hotel tempat kita menginap.
Bila kita bertembung dengan mereka di luar hotel, mereka akan cuba untuk bawa kita bersiar-siar di sekeliling bandar. Jangan mudah terpedaya sebab kita mungkin akan jadi mangsa rompakan dorang.
#6 Wifi percuma
Pada zaman yang serba moden ni, setiap tempat pelancongan yang terkenal selalunya akan menyediakan free wifi kepada pelancong. Namun, hati-hati sebab kadang-kadang internet percuma di tempat awam seperti ini boleh menyebabkan hackers mendapat akses kepada password penting korang.
Jadi, sebelum guna wifi percuma ni, lebih baik kalau kita check dulu betul-betul sebelum guna.
#7 Penyeluk saku
Walaupun taktik ni tidak asing lagi di seluruh dunia, namun menurut laman web Hotels.com, pick pocket di Paris menggunakan pelbagai cara untuk mencuri. Antaranya, mereka akan tiba-tiba terlanggar kita untuk mengalihkan perhatian kita daripada beg atau barangan berharga.
Partner in crime mereka kemudiannya akan mengambil dompet atau perhiasan time kita tak perasan. Kadang-kadang, mereka juga akan berlakon tersesat. Jadi, dorang minta tolong kita untuk tunjukkan arah jalan pada peta.
So, kalau korang pergi melancong ke luar negara lepas ni, sentiasa lah berhati-hati ketika berada di tempat awam dan jangan mudah terpedaya dengan tipu helah scammers.
Sumber: Business Insider, Odisi.my, World Nomads, Hotels.com, YouTube People’s Daily, China, itsblossom.com, YouTube Best of Honest Guide