in

Cikgu Nafi Terlibat Dalam Video ‘Marah’ Murid, Polis Buka Kertas Siasatan

ft polis buka kertas siasatan guru marah murid

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes mengenai video tular guru memarahi murid kini sudah menjadi perhatian pihak polis di mana pihak tersebut telah membuka kertas siasatan mengenai kes ini.

Menurut sumber, polis telah menjalankan siasatan terhadap kedua-dua pihak iaitu guru yang terlibat dalam video tersebut serta keluarga murid yang didakwa menjadi mangsa herdikan untuk memastikan kebenaran kejadian berkenaan.


Artikel berkaitan : “Kau memang salah langkah” – Sajat ‘Sound’ Cikgu, Isu Anak Saudara Ditengking Sampai Menangis

Artikel berkaitan : Menteri Pendidikan Kesal Tindakan Guru Rakam Video Marah Murid, Kini Giat Jalankan Siasatan

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihak polis menerima laporan yang dibuat oleh seorang guru yang berusia 40 tahun itu semalam, dia menafikan terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Wanita itu yang juga guru dari sebuah sekolah di Kajang menafikan pembabitan beliau dalam kejadian yang berlaku serta meminta siasatan lanjut dijalankan untuk mendapatkan kebenaran.”

“Sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh pihak ibu bapa atau mangsa bagi kejadian berkenaan.”

Screenshot 2025 05 28 103111

Katanya, kertas siasatan tersebut dibuka mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 di mana jika disabitkan kesalahan, denda tidak melebihi RM 50,000 atau penjara selama tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya boleh digunakan.

“Selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (fitnah) yang membawa hukuman penjara maksimum selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.”

“Dalam masa yang sama, siasatan selari turut dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum penjara selama setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.”

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh salurkan ke balai polis berhampiran atau terus berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes, Nur Fatihah Awang di talian 011-25703695 bagi membantu siasatan.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.