in

Cikgu Jelaskan Mengapa Huruf ‘P’ Dan ‘B’ Sering Tertukar Dalam Perspektif Bahasa Mandarin

Ft Cikgu Ajar Bahasa Mandarin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kebelakangan ini, perkataan ‘bakai’, ‘bunggung’ dan ‘bantang’ menjadi tular di media sosial susulan kes kontroversi mengenai seorang influencer yang didakwa telah berlaku curang terhadap isterinya bersama staffnya. Tapi, korang pernah terfikir tak kenapa perkataan pakai jadi bakai?


Baru-baru ini seorang cikgu telah memuat naik sebuah video di TikTok yang menerangkan mengapa huruf ‘P’ dan ‘B’ sering ditukar penggunaannya dari perspektif Bahasa Mandarin.

@laoshi_mandarin

Saya suka Bakai baju merah ! Awak suka bakai baju warna apa? #azimlaoshi #kelasmandarinonline #belajarmandarin #cakapcina #tuliscina #mandarinmadeeasy

♬ original sound – ꜰᴀɪᴢɴᴜʀᴢɪɴ – FaiznurZin

“Huruf ‘B’ kita sebut macam bunyi huruf ‘P’ iaitu bo (po). Tapi huruf ‘P’ pula, macam mana nak bezakan dengan huruf ‘B’ tadi? So sebutannya ialah po (pho),” jelasnya.

Pemilik akaun yang dikenali sebagai Cikgu Azim itu memberi penjelasan bahawa perkataan tersebut wujud dalam perspektif Bahasa Mandarin kerana wujudnya sistem pinyin.

Difahamkan huruf ‘B’ dan ‘P’ yang wujud dalam sistem pinyin bagaimanapun, huruf-huruf berkenaan mempunyai perbezaan dari segi sebutan.

Sekadar info tambahan, sistem pinyin dikenali sebagai skema huruf fonetik Cina. Sistem tulisan pinyin menggunakan huruf rumi untuk mewakili bunyi-bunyi dalam bahasa Mandarin baku.

Dalam pada masa yang sama, mungkin ada di antara kita yang tertanya bagaimana nak bezakan sebutan tersebut?

Menurut Cikgu Azim, dalam Bahasa Mandarin huruf ‘B’ berbunyi seakan-akan huruf ‘P’ namun tidak mengeluarkan angin manakala, apabila huruf ‘P’ disebut, kita harus mengeluarkan angin.

“Tapi dalam Bahasa Mandarin ‘B’ bunyi macam ‘P’ tapi tak keluarkan angin. Huruf ‘P’ pula bila kita sebut huruf ‘P’, kita kena keluarkan angin,” katanya.

Ohh macam tu rupanya penjelasannya! Mungkin ramai di antara kita baru tahu pasal sebutan ni..

Baca : “Bagi saya masa” – View Chin Mohon Maaf, Dedah Ramai ‘Seller’ Minta Pulangkan Duit

View Chin Mohon Maaf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.