in

Chazynash Perjelas Dakwaan Dikatakan Curang, Kenal ‘Orang Baru’ Beberapa Bulan Lepas Cerai

chazynash perjelas isu curang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh, Chazynash mendapat perhatian netizen baru-baru ini susulan tularnya isu cerainya dengan isteri, Fatin Morat.

Meskipun telah memuat naik penjelasan berkenaan isu perceraian mereka beberapa hari lalu, muncul pula dakwaan di media sosial yang mengatakan pempengaruh ini berlaku curang dengan isterinya.


ohmedia chazy nash dan isteri

Susulan itu, Chazynash sekali lagi memuat naik hantaran di Instagram menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa perceraian yang berlaku di antara dia dan bekas isteri adalah di atas dasar ketidaksefahaman dan perkara ini juga telah disepakati bersama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chazynash (@chazynash)

Oleh itu, dia juga meminta para netizen berhenti membuat penyebaran dan menokok tambah cerita yang tidak benar di aplikasi Threads.

Untuk makluman, tiada orang ketiga yang terlibat dalam perceraian saya bersama Fatin Morat. Ketidaksefahaman dalam perkahwinan kami telah berlaku beberapa kali dan kami telah mencapai kata sepakat untuk berpisah secara baik. 

“Kami sah bercerai pada Januari 2025. Sepanjang tempoh iddah, saya dan Fatin menjaga batas dan saling menghormati perasaan masing-masing,” katanya.

Chazynash juga berkata, berkaitan individu yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, hubungannya dengan wanita itu katanya hanya bermula beberapa bulan selepas bercerai dan mereka mulai rapat sejak Mei.

chazy nash gf

Dia juga meminta agar netizen henti menyebarkan cerita tidak berasas dan jika ada yang tidak berpuas hati dengannya, pihaknya terbuka untuk berbincang secara bersemuka.

Saya dan Fatin sudah pun berbaik-baik demi keharmonian anak-anak, jadi janganlah mengeruhkan lagi keadaan. Terima kasih atas keprihatinan dan hormat anda,” tulis Chazynash.

Apa-apapun kita doakanlah yang terbaik buat Chazynash dan Fatin. 

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.