Majoriti kenderaan sekarang memiliki Bluetooth atau sistem sokongan penstriman muzik seperti Apple Car Play atau Spotify.
Ini memberi pilihan kepada kita untuk mendengar lagu kegemaran mengikut playlist yang ditetapkan sendiri.
Namun, masih juga ada individu yang menggunakan pendrive untuk memutarkan lagu kegemaran sendiri. Tapi, korang tahu tak ada yang menjual pendrive yang siap dengan playlist?
Artikel berkaitan: Petaling Street Disenarai Sebagai Lokasi Popular Jual Barang Tiruan & Cetak Rompak Oleh AS
Artikel berkaitan: Pua Khein Seng : Anak Kelahiran Malaysia Yang Cipta Pendrive Pertama Di Dunia
Perkara ini didedahkan oleh seorang pengguna platform X yang menunjukkan tangkap layar seorang individu meraih pendapatan lumayan dengan menjual pendrive yang berisi kompilasi lagu-lagu dari artis terkemuka di Malaysia dan Indonesia.
Menerusi tangkap layar itu, dapat dilihat penjualan pendrive tersebut sudah terjual lebih 22,000 unit denga harga sekitar RM9 ke atas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoal tindakan jualan pendrive itu yang disifatkan telah melanggar hak cipta kerana mengambil keuntungan di atas hasil kerja orang lain.
Dalam pada itu, ada netizen mendedahkan jualan itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan yang kurang celik IT dan yang tinggal di luar bandar.
Bukan sahaja di platform media sosial itu sahaja, penjual juga dilihat aktif membuat jualan menerusi laman e-dagang lain dan di pasar tepi jalan.
Justeru, ramai yang menggesa pihak berkuasa dan platform berkaitan mengambil tindakan terhadap isu ini.
Sumber: X