in

Ceroboh Bangunan Terbiar Buat Aktiviti Paranormal, Lelaki Dipenjara 3 Bulan

ceroboh bangunan terbiar aktiviti paranormal dipenjara
Gambar hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaanya, penggiat paranormal akan memilih tempat-tempat tertentu terutama di kawasan bangunan terbiar untuk melakukan aktiviti penjejakan untuk mencari dan membuktikan kewujudan makhluk halus.

Namun begitu, tidak semua menyedari atau rasa bertanggungjawab bahawa bukan sembarangan tempat boleh sesuka hati masuk tanpa izin.


Artikel berkaitan: Ahli Paranormal Kongsi Perkara Mistik Berlaku Ketika Masuk Rumah Penari Istana, Waris Sendiri Pun Tak Berani!

Artikel berkaitan: Geng Paranormal Sedih Baca Diari Luahan Wanita Tinggal Dalam Rumah Usang, Selit Belanja RM150

Lelaki dipenjara 3 bulan

Seorang lelaki dipenjara tiga bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Batu Pahat, atas pertuduhan menceroboh bangunan untuk melakukan aktiviti paranormal.

Muhammad Haikal Mesrol, 24, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dikemukakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin, lapor Harian Metro.

Mengikut pertuduhan, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai cuci kenderaan didakwa melakukan pencerobohan jenayah dengan memasuki bangunan terbiar milik pengurus berusia 66 tahun, di Bukit Pasir kira-kira pukul 7.10 pagi, 21 Disember lalu.

Screenshot 2024 12 26 155437

Susulan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga enam bulan atau denda RM3,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Menurut laporan, Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan berkuatkuasa dari tertuduh ditahan pada 21 Disember lalu.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.