Sebut sahaja pasal nasi lemak, roti canai, teh tarik dan sebagainya, pasti korang dah terliur dengan menu sarapan di negara kita ini, kan?
Namun siapa sangka, juadah sarapan di Malaysia ini bukan sahaja menjadi sanjungan rakyatnya, namun ia kini menjadi sebutan dunia.
Artikel berkaitan: Ini 5 Tempat Di Asia Tenggara Yang Tersenarai Dalam UNESCO, Rugi Kalau Tak Pergi!
Artikel berkaitan: Kongsi Post Tentang Fakta Nasi Lemak, Warganet Banjiri Ruangan Komen Facebook CIA
Budaya Sarapan di Malaysia telah mendapat tempat dalam Senarai Perwakilan Warisan Budaya Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), baru-baru ini.
Menurut Astro AWANI, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pengiktirafan Budaya Sarapan di Malaysia: Pengalaman Menjamu Selera Masyarakat Pelbagai Etnik itu diumumkan pada sesi ke-19 Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara (IGC ICH) yang berlangsung di Asuncion, Paraguay dari 2 hingga 7 Disember.
Budaya Sarapan Rakyat Malaysia turut menerima pengiktirafan dari UNESCO.
??❤️
Nasi Lemak ?
Roti Canai ?
Teh Tarik ☕️Breakfast culture in Malaysia plays an important role among Malaysia’s multi-ethnic societies.
The element can be found throughout the submitting State,… https://t.co/V6jUetQyao pic.twitter.com/01OX4g1cLV
— Giarc Nibisna ??? (@craigansibin) December 5, 2024
Badan Penilai telah memutuskan Budaya Sarapan di Malaysia memenuhi semua kriteria yang digariskan oleh Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, UNESCO.
Budaya Sarapan di Malaysia mencerminkan kepelbagaian budaya, keharmonian, penglibatan dan penerimaan masyarakat pelbagai etnik di Malaysia dan merupakan elemen warisan kebudayaan tidak ketara yang selari dengan kriteria UNESCO sekali gus memberi impak dalam hubungan sosial masyarakat serta mencerminkan kekuatan dalaman Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.
“Kejayaan pengiktirafan budaya ini akan menggalakkan lebih banyak usaha perlindungan warisan tidak ketara dapat dilakukan secara sinergi melibatkan banyak pihak berkepentingan termasuklah kerajaan bersama persatuan dan komuniti tempatan selain membuka peluang jaringan kerjasama yang lebih luas dalam pelbagai bidang,” kata kenyataan itu.
Kata MOTAC lagi, pengiktirafan terbabit membuktikan komitmen kementerian dalam melindungi warisan kebudayaan tidak ketara, sejajar dengan Teras 3 Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) yang memfokuskan kepada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan budaya.
Pencalonan Budaya Sarapan di Malaysia ini juga merupakan yang pertama berkaitan dengan makanan serta gastronomi Malaysia.
Pengiktirafan ini juga sekali gus menunjukkan kredibiliti Malaysia ke persada dunia sebagai calon yang selayaknya menduduki Kerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi 2025-2029,” katanya.
Terdahulu, Malaysia juga telah mendapat pengiktirafan di bawah Konvensyen Melindungi Warisan Budaya Tidak Ketara 2003, iaitu untuk Mak Yung (2005), Dondang Sayang (2018), Silat (2019), Upacara Ong Chun/Wangchuan/Wangkang yang merupakan pencalonan bersama China (2020), Pantun, pencalonan bersama Indonesia (2020), Songket (2021) dan Mek Mulung (2023).
Tahniah Malaysia! Jom esok sarapan nasi lemak!
Sumber: Astro AWANI, X