Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi data Astronomer, Andy Byron kini sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Coldplay dan penganjur konsert berikutan dengan insiden yang telah melibatkan dirinya ketika hadir ke konsert itu di Foxborough, Massachuestts.
Isu dan kontroversi itu mula tercetus setelah Byron dan wanita yang bekerja sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia dari syarikat sama, Kristin Cabot dirakam menerusi paparan kiss cam ketika sedang bermesra sambil disaksikan oleh ribuan penonton lain.
Artikel berkaitan : Syarikat Astronomer Lantik Bekas Isteri Penyanyi Coldplay Sebagai Jurucakap Sementara Lepas Tular Skandal CEO & HR
Artikel berkaitan : CEO Astronomer Serah Surat Letak Jawatan Susulan Skandal Di Konsert Coldplay
Ianya tular di media sosial dan menarik perhatian umum bahkan dapat liputan meluas sehingga ke seluruh dunia. Isu menjadi semakin hangat setelah vokalis Coldplay iaitu Chris Martin berseloroh sama ada pasangan itu ada hubungan sulit atau terlalu malu setelah melihat reaksi mereka yang terkejut dan cuba bersembunyi setelah mengetahui mereka dirakam.
Menurut sumber, kenyataan yang diberikan oleh Chris Martin itu dianggap tidak sensitif dan memburukkan lagi keadaan dan ekoran dengan penularan video itu, Byron dan Cabot meletak jawatan dari Astronomer.
Malah pihak lembaga pengarah syarikat juga menjalankan siasatan dalaman dan melantik Ketua Pegawai Produk, Pete DeJoy sebagai CEO interim. Difahamkan Byron kini sedang meneliti pilihan perundangan atas dakwaan tekanan emosi dan pencerobohan privasi.
Dikatakan Byron sebenarnya tidak memberi sebarang persetujuan untuk dirakam atau dipermalukan secara terbuka, dan percaya bahawa kejadian tersebut telah memberikan impak besar terhadap reputasi dan kerjaya profesionalnya.
Biarpun begitu, beberapa pakar undang-undang berpendapat bahawa peluang untuk Byron menang dalam tuntutan tersebut agak tipis kerana ia berlaku di ruangan awam dan privasi sukar untuk dipertahankan.
Sumber: mStar Online