Melakukan aktiviti harian dirumah seperti memasak, mengemas rumah, membasuh baju, menguruskan anak dan lain-lain pastinya tugas yang memenatkan, lebih-lebih lagi sekiranya isteri dan suami bekerja sepenuh masa.
Untuk meringankan dan melakukan tugas-tugas ini, biasanya ia akan ‘diserahkan’ kepada pembantu rumah yang boleh diupah baik secara sambilan, mahupun sepenuh masa.
Di Malaysia, lazimnya pembantu rumah berasal dari Indonesia, Filipina dan ada juga warga tempatan.Namun, sejak pandemik melanda difahamkan proses untuk mendapatkan Pekhidmat Domestik terutamanya Dari Indonesia agak sukar dan menurut laporan The Star, harga yang perlu dibayar kepada pihak agensi mencecah RM25,000!
Walaupun baru-baru ini kerajaan mengumumkan bakal mengambil 10,000 Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) menerusi satu projek rintis yang akan bermula bulan hadapan setelah pihak kerajaan Indonesia bersetuju untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) berhubung dengan pengambilan ini.
Dalam masa yang sama, menerusi MOU terbaru ini, sistem satu saluran gaji, dan satu pembantu untuk satu rumah telah dipersetujui bagi menggantikan cadangan satu pembantu satu tugasan yang diperkatakan sebelum ini.
Menerusi MOU kali ini, seorang PDI boleh digajikan bagi isi rumah yang tidak melebihi enam orang dan pastinya cadangan ini agak sukar untuk diterima oleh orang awam selain ada yang khuatir akan kualiti PDI yang bakal diterima nanti.
“Tak kisah nak bawa masuk berapa, asalkan berkualiti, tak lari”
Memetik laporan The Star, orang ramai ternyata ‘kurang senang’ dengan perlaksanaan ini yang dikatakan bakal melibatkan bayaran lebih tinggi untuk mendapatkan PDI selain mereka berkemungkinan lari selepas segala pembayaran dibuat.
Dalam masa yang sama, ada juga yang meminta agar proses untuk mendapatkan PDI ini dimudahkan dan dalam masa yang sama menerima pembantu yang berkualiti, sesuai dengan harga yang perlu dibayar.
Hurm, tak murah tau nak dapatkan ‘amah’ sekarang ni…
Baca : Psycho! Pembantu Rumah Buat Kecoh, Influencer Adira Salahudi Syukur Anak Selamat