in

“CCTV Allah itu unlimited” – 4 Suspek Pecah Rumah Kieda Crepe Bakal Didakwa Di Mahkamah

kieda crepe suspek rompak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes rompakan rumah pempengaruh dan usahawan pencuci mulut, Siti Nur Khalieda Yusra atau Kieda Crepe nampaknya bakal bertemu titik noktah apabila empat suspek insiden itu bakal didakwa tidak lama lagi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, polis telah melengkapkan siasatan ke atas empat individu yang ditahan berhubung kes pecah rumah dan melarikan barang kemas dari rumah Kieda yang berlaku pada April lalu.


6624izatti1 1717656060

Siasatan kes itu sudah selesai dan kes dalam peringkat untuk didakwa di mahkamah bagi tindakan seterusnya.

“Secara keseluruhan, polis merampas pelbagai barangan kemas dan emas bernilai RM100,000 daripada mereka serta mendapatkan semula resit pajak gadai bernilai RM400,000 daripada suspek-suspek yang sudah jual barang kemas dan emas yang dicuri di rumah wanita itu,” katanya.

Polis juga percaya bahawa kes pecah rumah Kieda ini dapat diselesaikan selepas tertangkapnya kesemua suspek pada 6 Jun lalu.

Empat suspek yang ditahan itu terdiri daripada dua pasang suami isteri berusia di antara 20 hingga 27 tahun. Mereka semua disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Benarlah, jika ia rezeki ku tetap akan menjadi rezekiku…”  

Dalam pada itu, Kieda juga dilihat memuat naik sedutan Buletin TV3 berhubung kes tersebut di TikTok miliknya.

@kiedacrepepenang

Alhamdulillah , Allah permudahkan urusan yang sulit ni. Terima kasih Ya Allah😢 Benarlah , jika ia rezeki ku. Tetap akan menjadi rezekiku walaupun aku perlu berjuang habis-habisan tak kira waktu 🤜🏻🤛🏻 Terima kasih ya Allah . Semoga Allah permudahkan urusan kami waktu hari mereka didakwa dalam masa terdekat ni 🤲🏻‼️ @AMY KIEDA MERCHANDISE #kiedacrepe

♬ original sound – KIEDACREPEPENANG – KIEDACREPEPENANG

Menerusi ruang kapsyen, Kieda meluahkan rasa syukur di atas apa yang berlaku dan berharap urusannya dipermudahkan.

Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan yang sulit ini. Terima kasih Ya Allah. 

“Benarlah, jika ia rezekiku, tetap akan menjadi rezekiku walaupun aku perlu berjuang habis-habisan tak kira waktu. 

“Terima kasih ya Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami waktu hari mereka didakwa dalam masa terdekat ni,” kata Kieda.

Syukurlah, semoga Kieda tabah dengan apa yang berlaku. 

Sumber: mStar, TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.