in

Casing Handphone Jenama Apple dan Xiaomi Didapati Mengandungi Bahan Toksik Berbahaya

sher

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang mesti ada at least sorang kawan yang suka tukar casing handphone cantik-cantik, kan? Memang ramai orang yang suka tukar-tukar casing handphone ni sebenarnya. Tapi kalau korang salah seorang daripada jenis ni better fikir dua kali sebelum beli casing lepas ni.

Menurut AsiaOne, satu penyiasatan terbaru ni dedahkan yang ada beberapa jenama casing handphone sebenarnya mengandungi bahan bahaya! Persatuan Pengguna Shenzhen mendapati bahawa terdapat beberapa jenama besar yang menjual casing handphone ada toksik!


apple and xiaomi phone casings found to world of buzz
Sumber: AsiaOne

Casing jenama Apple dan  Xiaomi pun ada!

Persatuan ni dah jalankan ujian ke atas 30 casing handphone daripada 28 jenama termasuk Apple, Samsung, Huawei dan Xiaomi. Keputusan ujian ni menunjukkan yang lima jenama casing ada bahan bertoksik melebihi had yang dibenarkan. Huish, bahaya ni!

Beberapa brand casing dari jenama Apple dan Xiaomi yang dijual di website rasmi dorang di China antara model yang ada bahan berbahaya tu. Salah satu daripada jenama-jenama tu, Yuening ada guna serbuk berkilauan yang ada plumbun melebihi 1550 kali lebih daripada kandungan yang dibenarkan.

apple and xiaomi phone casings in china found to contain harmful toxic substances world of buzz
Sumber: AsiaOne

Boleh sebabkan kanser dan masalah kesihatan 

Persatuan tu guna beberapa peraturan dan kawalan macam untuk test bahan-bahan bahaya ni. Hasilnya, antara bahan-bahan bahaya yang dijumpai dalam casing tu adalah plumbun, polycyclic aromatic hydrocarbon dan plasticiser.

Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan kanser kulit, paru-paru, pundi kencing, hati dan juga kanser perut. Selain tu, bahan bahaya ni juga boleh sebabkan kecacatan reproduktif dan penurunan kesuburan. Dahsyatnya!

apple and xiaomi phone casings in china found to contain harmful toxic substances world of buzz 2
Sumber: AsiaOne

Xiaomi beri penjelasan

Lepas penyiasatan ni tersebar, Xiaomi tampil bagi penjelasan dan maklumkan yang peraturan yang diguna persatuan ni tak boleh diaplikasikan pada casing handphone. Ini adalah sebab ujian tu fokus kepada penggunaan dan penjagaan bagi kanak-kanak. Pihak Xiaomi jugak ada cakap yang dorang ada standard tersendiri untuk casing telefon bimbit dorang.

Buat masa ni, masih belum dapat dipastikan sama ada masalah ni menjejaskan negara lain jugak ataupun tak. So korang lepas ni kalau nak beli casing handphone baru, hati-hati tau takut terbeli casing yang ada bahan berbahaya macam ni!

Baca: Cas Handphone Semasa Tidur, Remaja 14 Tahun Mati Terkena Renjatan Elektrik

lian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.