in

“Cash tak terusik, laptop ada” – Pemuda Jujur Dipuji Pulangkan Beg Tangan Tercicir Di Parking Mall

pemuda jujur pulangkan beg

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, berkongsi pengalaman ibunya tercicir beg tangan berisi barang berharga di parking pusat beli-belah.

Nasib ibunya bertuah apabila beg tangan tersebut dijumpai oleh seorang pemuda yang jujur dan bertanggungjawab.


Menerusi video tersebut, ibunya tercicir beg tangan berwarna hitam yang berisi duit, laptop dan dokumen buku cek yang diletakkan di dalam troli di sebuah pusat beli-belah.

“Gugur jantung apabila mak hantar troli sudah kosong. Mak kepenatan berniaga sampai terlupa,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

@

♬ –

Jelasnya, dia segera ke tempat beg tersebut hilang untuk menenangkan ibunya. Tidak lama selepas kejadian, mereka dihubungi seorang pemuda yang memaklumkan dia telah menjumpai beg tersebut.

Kata pemuda itu, pada awalnya, dia mahu menghantar beg tersebut kepada pihak pengurusan tetapi waktu operasi pusat beli-belah hampir tutup. Mujur, dia menjumpai nombor telefon untuk menghubungi pemilik beg tersebut.

Tambah wanita itu, mereka berasa terharu apabila mendapati kesemua barangan dalam beg tersebut tidak terusik.

“Duit tak terusik, laptop pun ada. Bangga mak ayah awak adik, terima kasih banyak-banyak” ujarnya.

Dalam pada itu, mereka berterima kasih kepada pemuda terbabit yang bersikap jujur dan membuktikan masih ada lagi insan yang berhati mulia.

“Cantik rupa parasmu, cantik lagi akhlakmu”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan kesejahteraan lelaki berkenaan yang bersikap amanah.

Malah, ada juga yang berkongsi tentang sikap pemuda itu yang mengatakan pernah menumpangnya menaiki motosikal.

Dalam pada itu, kejujuran pemuda ini juga telah menarik perhatian kedai hias kenderaan untuk memberi penghargaan membalas jasa baiknya.

Screenshot 2023 06 06 162221

Benarlah kata orang, bila kita buat baik pasti akan dibalas kebaikan itu.

Baca: Lepas Terima Kritikan Dari Netizen, Pendaki Malaysia Akhirnya Beri Kredit Diselamatkan ‘Sherpa’ Di Everest
ft pendaki malaysia tak kredit

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.