Kebanyakan orang memilih untuk ‘healing’ di tempat dengan pemandangan yang indah seperti pantai dan bukit. Namun, lain pula buat seorang lelaki yang ini yang pergi ke kubur ibunya untuk menenangkan minda.
Menerusi satu video yang dimuat naik, Adi Tayadih berkongsikan dia memilih untuk ‘healing’ di lokasi yang berbeza berbanding orang lain, iaitu di kubur ibunya.
“Healing di tempat ibu”, tulis lelaki itu.
Bercerita dengan ibu
Menerusi video tersebut, Adi menunjukkan momen dia menziarahi kubur ibunya yang kelihatan bersih dan rapi. Lelaki ini baring di samping kubur ibunya, lalu menceritakan tentang masalah yang dihadapinya dalam kehidupan.
“Enak juga bu di sini sendirian sore di sini bu, pantas aja kamu nyaman di sini,” ucap Adi ketika di sisi kubur ibunya.
Adi turut meletakkan kepalanya di batu nisan kubur ibunya, seolah-olah sedang berbaring di riba ibunya ketika dia masih hidup.
“Adi belum tidur nih bu, geseran dong. Boleh nggak geseran. Kayak dulu di rumah, di sofa, di bangku, sofa geseran. Padahal itu buat sendiri tapi Adi maunya sama ibu,” ujar Adi yang mengakui merindui ibunya.
Video tersebut turut memperlihatkan Adi menyambung bercerita bersama ‘ibunya’ berkenaan hari-harinya. Dia turut berjanji akan sentiasa menziarahi ibunya pada masa lapang.
@matdjeran healing di tempat ibu
Warganet tumpang simpati
Video Adi ternyata menyentuh perasaan ramai warganet yang turut memahami nasib dia yang merindui kasih seorang ibu. Ada juga beberapa warganet yang memberikan kata-kata semangat buat Adi agar terus cekal dalam kehidupan.
“Diluar tampak senyum , didalam menangis bro”, tulis seorang individu yang turut memahami akan perasaan Adi.
“Cinta pertama seorang lelaki ialah ibunya…”, komen seorang individu.
Untuk rekod, ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudahpun mencecah lebih 16 juta jumlah tontonan.
BACA: Konsert Kumpulan K-Pop NCT 127 Di Indonesia Dihentikan Gara-gara Lebih 30 Penonton Pengsan