Sebelum ini seorang barista yang berasal dari Malaysia dikenali sebagai Irvine Quek telah memenangi kejuaraan dunia dalam pertandingan World Latte Art Championship 2018.
Saja nak share yang Malaysia pun ada World Champion barista iaitu Irvine Quek, dia dapat first place dalam World Latte Art Championship 2018 kt Brazil tahun lepas. Bangga la woi org Malaysia ni. Ingat barista kita beshe beshe ke. pic.twitter.com/xbU63HmY2j
— Ruhanif 🇲🇾🇵🇸 (@anepsays) February 13, 2019
Baru-baru ini, dia telah memasuki pertandingan yang sama bagi tahun 2019 yang berlangsung di Korea Selatan dan sekali lagi mendapat tempat pertama sekaligus mengekalkan kejuaraannya di musim yang lalu.
Barista Korea tercyduk dengan kemantapan barista padu daripada Malaysia di pentas akhir World Latte Art Championship. Irvine Quek sekali lagi dinobatkan sebagai juara dunia utk edisi 2019. Barista Malaysia bukan kaleng2 gaizzzzz tengok art dia ni power nokrom :’) pic.twitter.com/tTjjk3wbui
— Ruhanif 🇲🇾🇵🇸 (@anepsays) November 12, 2019
Menurut @irvine_nj, dia bersyukur kerana berjaya mengekalkan kejuaraanya pada hari yang sama namun tahun yang berbeza.
Dia turut berterima kasih kepada yang sentiasa menyokongnya dan usahanya itu membuahkan hasil apabila menjuarai pertandingan tersebut untuk kali kedua.
“Dapatkan gelaran juara dunia pada hari yang sama tetapi tahun yang berbeza, selepas 365 hari dan saya kembali ke panggung sekali lagi.”
“Ia adalah masa yang sangat sukar untuk saya dan ia penuh dengan tekanan semasa tempoh persediaan.” katanya.
Bagi pertandingan akhir itu, dia telah mengalahkan tuan rumah dari Korea dengan markah yang hanya berbeza 10 sahaja.
https://www.instagram.com/p/B4sbEpxht3i/?utm_source=ig_web_button_share_sheet
Pada tahun ini dia mempertaruhkan corak berbentuk beruang yang kelihatan sedang menggigit ikan di mulutnya. Ternyata hasil karya rekaannya itu berjaya menambat hati juri.
Dikatakan pada tahun lalu lelaki ini mempertaruhkan corak yang bermotifkan burung enggang, monyet, dan juga dolphin.
Kejayaannya ini secara tidak langsung membuka mata dunia bahawa rakyat dari negara Malaysia juga mempunyai bakat besar setanding pencabar dari negara lain.