Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak dapat menahan rasa geramnya apabila membaca komen daripada 2 individu yang mempersendakan kulit album baharunya, Sitism. Beliau bertindak mendedahkan nama individu yang mengecam itu menerusi IG Story miliknya.
Malah, Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan TokTi itu juga ada tag akaun rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membuat siasatan.
“Cantiknya bahasa kakak-kakak ni”
Individu tersebut dilihat memperlekehkan konsep futuristik dalam kulit album tersebut dengan menyifatkannya sebagai tidak sesuai dengan kedudukan TokTi sebagai penyanyi senior.
Malah, mereka juga turut memberikan komen negatif yang berbaur hinaan dengan mengatakan TokTi seperti orang ada penyakit mental dan ‘gila isim’.
Sejak beberapa hari lalu, pemenang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH 2012 ini dilihat kerap memuat naik hantaran mengenai album baharu yang bakal menemui peminat pada 30 Jun ini.
Baca : “Effortless tapi sedap!” – Netizen Terpukau Dengar TokTi Nyanyi Lagu Negaraku