Siapa sahaja yang tidak mahukan badan yang sihat serta penampilan yang menarik kan?
Terbaru, pelakon Aliza Abdullah atau lebih dikenali sebagai Enot memaparkan penampilan terbarunya di TikTok yang sangat mengagumkan.
Jika sebelum ini, Enot dilihat sebagai pelakon berbakat yang berbadan besar namun kini pelakon yang sinonim dengan genre komedi itu kelihatan lebih kurus dan sihat.
Artikel berkaitan: “Saya masih ada akal dan berpegang pada agama” – Enot Respon Dakwaan Bercinta Dengan Kaum ‘Sejenis’
Artikel berkaitan: “Doakan baik-baik” -Terima Teddy Bear Besar Dari ‘Mr. Secret’, Enot Tunjuk Bukti Ada Teman Lelaki?
@enot7812 Salam selamat berpuasa hr ke 3 dah,yg mane x mulakan lg minum @KALISTA HQ mulakan sekarg sbb bila minum teh tarik atau almond maciato dr kalista kt rasa kenyang smpai petang n yg paling penting kt x perlu risau nak mkan bnyk masa berbuka sbb lps buka puasa je kt minum burnicetea terus dia bantu kt mbuang sume lemak2 yg x patut,so tggu apa lg dptkan produk kalista skrg,bole pg ke hq live setiap hr atau pg ke bag kunjng yg vttnya akk dah pinnedkan kat feet akk ok #bersyukur #alhamdulillah #seremban #fypage #2025 #fypシ゚viral🖤tiktok #ramadan #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ゚ #tehtarikkalista #fypmalaysia #fypburnicetea #sihat #raya #kalista #fypborneo #angsanamall
Menjengah ke ruangan komen, Enot difahamkan menjaga badannya dengan melakukan senaman serta sauna selain mengambil makanan tambahan bagi membantu proses menguruskan badan.
Dalam pada itu, ramai juga yang kagum dengan perubahan positif pelakon filem Kayangan itu serta ramai yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk memiliki badan yang lebih sihat.
Enot turut berkongsi berat badannya kini sudah mencecah 75 kg, setakat artikel ini ditulis video berkenaan sudah mendapat lebih 120K tontonan serta lebih 100 komen.
Cantiknya Enot sekarang!
Sumber: TikTok