Suatu masa dahulu, Perintah Gaji Minimum (PGM) diperkenalkan kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Program ini diketengahkan bertujuan untuk memastikan pekerja-pekerja dapat memenuhi keperluan asas masing-masing.
PGM yang pertama pada tahun 2012 membentangkan RM900 sebulan untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 sebulan untuk Sabah, Sarawak dan Labuan sebagai gaji minimum pekerja, lapor Utusan. Dengan kos sara hidup semakin hari semakin meningkat, sudah semestinya jumlah tersebut tidak mencukupi.
Setelah beberapa tahun, kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan kadar gaji minimum tersebut dek kos perbelanjaan harian yang semakin membebankan rakyat. Akhirnya, kerajaan memperkenalkan Perintah Gaji Minimum 2016 bagi mengurangkan beban rakyat.
Menurut Harian Metro, Perintah Gaji Minimum 2016 memperlihat kenaikan gaji minimum sebanyak RM100 menjadikannya RM1000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia dan RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan.
Pun begitu, rata-rata rakyat Malaysia masih tidak berpuas hati apabila kenaikan yang diberikan hanya RM100 sahaja dan terang-terang tidak berpadanan dengan kadar semasa barangan di negara ini.
“Kalau boleh, naikkan gaji. Gaji RM1,200 pun sudah tak cukup. Sekurang-kurangnya gaji minimum perlu RM1,500,” kata seorang individu mengulas tentang kadar gaji minimun berkenaan.
“Cakap tak pakai otak. Kalau syarikat bayar gaji mahal tapi company tak dapat keuntungan, sampai bila (syarikat) boleh bertahan?” kata seorang lagi individu yang bengang dengan segelintir masyarakat yang menyalahkan syarikat pula kerana tidak membayar gaji yang tinggi.
Melihatkan keadaan ini, Parti Socialis Malaysia (PSM) mengambil inisiatif untuk mendesak kerajaan menaikkan lagi gaji minimum supaya sejajar dengan kenaikan kos sara hidup zaman sekarang, lapor Free Malaysia Today. Jumlah kenaikan yang diminta adalah sebanyak RM1500 sebulan kepada semua pekerja.
Selepas perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia, Setiausaha Agung PSM, S Arutchelvan memberitahu bahawa hasil pertemuan adalah positif dan rakyat mungkin akan menerima kenaikan gaji minimum tahun depan setelah mengambil kira bebanan yang ditanggung oleh rakyat.
Semoga berita ini tidak memberikan harapan palsu kepada individu-individu yang bekerja kerana mana nak cukup RM1,000 zaman sekarang ni kan!
Baca: Ramai Posmen Berhenti Kerja! Hantar 100,000 Surat Sehari Tetapi Gaji Hanya RM1,400…