in

“Cakap macam tak pakai ot*k” – Dituduh Tak Lepas Interview, Anak Kak KM ‘Sound’ Netizen

ft anak kak KM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ramai yang sedia maklum tentang kisah anak usahawan sensasi, Kak KM iaitu Bella sejak semalam di mana dia hanya bertahan selama sebulan sebagai pramugari di syarikat penerbangan di Singapura.

Kata gadis berumur 22 tahun ini, keputusannya menarik diri daripada latihan bukan satu perkara mudah, namun percaya bahawa apa yang berlaku ada hikmah.


Artikel berkaitan : “Bukan dah hijrah ke?” – Video Saiful Apek Berpeluk Dengan Kak KM Tarik Perhatian Netizen

Artikel berkaitan : Kieda Crepe Dedah Dalang Kes Samun, Dakwa Orang Yang Sama Rompak Kak KM

Dia juga menyatakan kerjaya tersebut kurang sesuai buat dirinya. Namun begitu, ada netizen yang mula membuat spekulasi terhadap pengundurannya itu.

Difahamkan ada netizen yang mendakwa bahawa Bella berkemungkinan gagal dalam menjalani latihan tersebut. Tidak duduk diam, Bella tampil memberikan respon untuk menyangkal dakwaan tersebut.

@serilarissaa

Membalas kepada @M I A 🦋 Ayokkk tatayokkk bella dah marah cakap dia failed/tak pass stage🫣😱

♬ bunyi asal – Seri Larissa – Seri Larissa

Jelasnya, dia berhenti kerana keluarganya memerlukannya berada di rumah begitu juga dengan dirinya. Malah, ada juga beberapa perkara lain yang membuatkan dirinya perlu berhenti kerja dari situ.

“Sekarang dah tersebar dekat media sosial dan ada yang bagi komen yang kurang menyenangkan.”

“Padahal kena buang.”

“Tak lepas interview pun lagi sebenarnya.”

Tegasnya, dia siap menyewa kediaman di sana, bahkan jika dia tidak terikat dengan polisi syarikat, pastinya dia akan menunjukkan surat berhenti kerja tersebut.

IMG 2079

Bella turut memberikan respon sinis kepada individu yang mendakwa dirinya pakai uniform pramugari hanya untuk saja-saja.

“Boleh je, tapi kau bayarkan saman aku boleh? Aku dah tandatangan persetujuan dan segalanya. Kalau ingat itu syarikat bapak kau ke tak ada peraturan dan polisi? Cakap macam tak pakai otak, kesian.”

Tegasnya lagi, sepanjang tempoh dia berada di sana, dia memang tidak dibenarkan untuk kongsikan segala perkara tentang pekerjaan dan latihannya di media sosial.

Sumber : Kosmo!, TikTok, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.