in

Cakap Bahasa ‘Pelik’ Berulang Kali, Pekerja Veterinar Rugi RM111 Dipukau Lelaki Warga Asing

Pukau Veterinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, pukau bermaksud jampi atau bacaan yang dapat membuat orang lupa atau tidak sedar akan keadaan yang sebenarnya.


Dalam kata lain, pukau adalah sebuah teknik atau ilmu yang digunakan untuk membuatkan orang tidur lebih nyenyak daripada biasa, tidak dapat berkata-kata, mengantuk secara tiba-tiba atau menurut segala kemahuan dan akhirnya terpedaya.

Amanda Dalbjorn Ubjmy92P8Wk Unsplash
Gambar hiasan

Baru-baru ini, sebuah klinik veterinar di Seri Kembangan, Selangor telah mengalami kerugian RM 111 selepas pekerjanya dikatakan telah dipukau oleh warga asing.

Menurut laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalangan berkata, insiden itu berlaku ketika mangsa didatangi suspek yang dipercayai ingin membeli makanan kucing bernilai RM11.

Suspek yang ketiadaan duit kecil kemudiannya membayar dengan menggunakan wang tunai RM 100.

“Bagaimanapun, mangsa seolah kena pukau dan telah memberikan semula baki RM100 kepada suspek.

Setelah suspek beredar, mangsa kemudian menyedari bahawa lelaki terbabit gagal membuat pembayaran RM11 dan mengalami kerugian kedai RM100,” katanya.

Difahamkan, lelaki tersebut didakwa telah bercakap menggunakan bahasa ‘pelik’ yang tidak difahami berulang-ulang kali menyebabkan pekerja tersebut memberikan duit tanpa sedar.

Pihak polis berkata ia merupakan kes yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan sesiapa yang pernah menjadi mangsa kes yang sama disarankan untuk membuat laporan.

Ada lagi ya orang pukau-memukau ni…

Baca: “Tarik budak masuk dalam telekung” –  Lelaki Kongsi Cubaan Culik & Pukau Oleh Warga Asing Di Taman Tema Genting

Genting Highland Culik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.