in

“Caj RM5 untuk kebersihan” – MPPD Jawab Isu Tular Bayaran Bentang Tikar

Caj Kebersihan Mppd

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini tular luahan tidak puas hati pengunjung yang mendakwa dikenakan caj RM5 untuk membentangkan tikar di kawasan kaki lima di sekitar kawasan Pantai Teluk Kemang, Port Dickson.

Isu itu bagaimanapun telah dijelaskan oleh Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengatakan bahawa resit RM5 itu adalah untuk caj kebersihan di kawasan tersebut.


Memetik sumber Harian Metro, MPPD memaklumkan ada melantik operator di Wellness Zone, Pantai 1, Teluk Kemang untuk melakukan pemantauan di kawasan itu setiap hari terutamanya pada hujung minggu.

724135

Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berasa kesal dengan mengatakan resit bayaran yang tular di media sosial itu adalah palsu dan berharap orang ramai faham kenapa bayaran tersebut dikenakan kepada pengunjung.

“Pihak Wellness Zone ada menyediakan plastik sampah dan bukan untuk pengenaan sewa wakaf seperti yang ditularkan.

“Bilangan pengunjung yang terlalu ramai dan kerana kekurangan tong sampah menyebabkan pengunjung membuang sampah merata-rata,” katanya.

Difahamkan, caj yang dikenakan kepada pengunjung merupakan inisiatif pihaknya kerana sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung adalah terlalu banyak.

Caj itu sebagai cara mengatasi masalah sampah yang ditinggalkan pengunjung kerana dikhuatiri akan menjadi lebih buruk jika terdapat anjing liar yang mengotori kawasan itu.

Tambahnya, kutipan itu juga digunakan untuk menambah baik kemudahan fasiliti, infrastruktur dan landskap di kawasan berkenaan bagi menjaga kebersihan.

Baca: Pengunjung Bengang Bentang Tikar Di Kaki Lima Port Dickson Kena Caj RM5

Pd Caj Tikar Rm5

Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.