Tidak dinafikan uban ini bukan hanya tertumpu kepada orang tua, ramai sahaja orang-orang muda yang mempunyai banyak uban, jadi pastinya mereka akan rasa insecure dan ingin cuba untuk mencabut uban tersebut.
Namun begitu, ada yang sergah kita untuk tidak melakukan tindakan sedemikian kerana, kalau kita nak cabut uban, kononnya kalau dicabut uban lain akan tumbuh lebih banyak.
Artikel berkaitan : Dr Wan Tampil ‘Backup’ Boss Susu, Perjelas Bahayanya Maltodextrin Sebagai Pengganti Gula
Artikel berkaitan : Polis Siasat Kenyataan Chef Wan, Samakan ‘Dress’ Aishwarya Rai Dengan Perayaan Thaipusam
Pegangan itu ditepis oleh seorang inflencer yang sangat terkenal dalam memberikan maklumat terhadap hal-hal perubatan ini. Menurut TikToker yang dikenali sebagai Dr Wan, dia menyatakan bahawa ia adalah mitos semata-mata.
Dia memberikan penjelasan secara saintifik berkenaan dengan punca uban boleh tumbuh di kalangan orang muda. Jelasnya setiap akar rambut di kepala kita hanya boleh tumbuh sehelai rambut, jadi berkaitan dengan uban tumbuh lebih banyak tiada kaitan sama sekali.
Jelasnya lagi, uban ini tumbuh disebabkan satu genetik yang dinamakan sebagai IRF4 Gene, katanya genetik inilah yang menentukan betapa aktifnya sel melanin pada akar rambut. Ikuti penjelasannya secara terperinci dan secara saintifik di sini.
@dr1share Betoi ka kalau cabut ubat, akan makin banyak tumbuh..? #shouldbeme #dr1share #learnontiktok #rhesusincompatibility
Dipendekkan cerita, penumbuhan uban pada usia muda ini kebiasaanya adalah faktor keturunan, mungkin bapa atau datuk seseorang itu pernah juga tumbuh uban pada usia muda. Malah, Dr Wan juga kata stress juga adalah faktor seseorang itu tumbuh uban selain daripada rambut boleh gugur.
Okay, maknanya kalau orang kata uban tumbuh banyak sebab banyak fikir itu adalah sangkut pautnya, tapi kalau yang jenis kata sering tukar syampu tu macam mana eh?
Sumber : TikTok