in

Cabul Pelancong China, Pembantu Jurulatih Selam Skuba Ditahan Polis

Cabul Pelancong China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang pelancong wanita warga China membuat laporan polis kerana mendakwa dia telah dicabul oleh seorang pembantu jurulatih selam skuba ketika melakukan aktiviti selaman skuba di perairan Semporna.

Pemangku Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Arif Abdul Razak berkata, mangsa membuat laporan polis pada 6 Mei sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Tawau sebelum berlepas ke Kuala Lumpur dan seterusnya menyambung penerbangan balik ke negara asal.


Mangsa yang berumur 25 tahun itu mengatakan kejadian berlaku kira-kira 1 tengah hari Jumaat lalu.

“Mangsa mendakwa telah dicium pembantu jurulatih selam skuba (divemaster) ketika melakukan aktiviti selaman skuba di kawasan perairan sebuah pulau peranginan di sini,” katanya.

Suspek merupakan pekerja separuh masa sebagai pembantu jurulatih selam skuba telah ditahan reman selama lima hari sehingga 11 Mei depan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1655372533846388737?s=20

Terdahulu, tular di media sosial Facebook dengan perkongsian beberapa keping gambar termasuk gambar mangsa dicium ketika melakukan aktiviti selam skuba, selain tangkap layar perbualan suspek dengan mangsa serta laporan polis.

Baca: Selepas 3 Tahun Disekat, Malaysia Antara 10 Negara Bakal ‘Diserbu’ Pelancong China
Pelancong China

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.