Tular di media sosial beberapa foto yang memaparkan daging katak dijual secara terbuka di bahagian makanan laut dalam sebuah pasar raya terkenal di Selayang.
Pasar raya terbabit didakwa tidak sensitif apabila mencampur bahan mentah halal dan tidak halal di dalam satu bahagian.
Susulan itu, pengadu telah membuat satu laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) mengenai isu tersebut.
Artikel berkaitan: Pasar Raya Didakwa Jual Daging Katak Di Bahagian Ikan, Pengadu Mohon KPDN Ambil Tindakan
Menurut kenyataan KPDN Selangor, pasar raya terbabit mendakwa terdapat kesilapan berlaku di peringkat pengurusan dan pekerja dan situasi itu disedari segera oleh pihak petugas.
Pihak pasar raya juga menegaskan tidak pernah membekalkan makanan tidak halal di pasar raya terbabit.
@kpdnselangor PEMERIKSAAN BERHUBUNG ADUAN TULAR. HASIL PEMERIKSAAN DIDAPATI PASARAYA DIADU TIDAK PERNAH / ADA MEMBEKALKAN MAKANAN NON HALAL. PASUKAN JUGA TIDAK MENEMUI SEBARANG PENJUALAN BAHAN MENTAH NON HALAL. PASARAYA AKUI TERDAPAT KESILAPAN BERLAKU DALAM TEMPOH MASA MINIMA/ SINGKAT IAITU DAGING NON HALAL SECARA TIDAK SENGAJA DIPAMER UTK DIJUAL. SITUASI TERSEBUT SEGERA DISEDARI PETUGAS PASARAYA DAN TELAH MENGALIH KELUAR DARIPADA TEMPAT JUALAN MAKANAN HASIL LAUT DAN DIYAKINKAN TIDAK BERLAKU PENCAMPURAN DENGAN MAKANAN LAUT LAIN. DAGING NON HALAL TERSEBUT SEBENARNYA PESANAN DARIPADA PEMILIK PASARAYA TERSEBUT UNTUK TUJUAN / KEPERLUAN SENDIRI. PASARAYA DIBERI AMARAN AGAR LEBIH BERHATI HATI DAN SENSITIF DENGAN PEMBEKALAN BARANG MASUK UNTUK DIPAMER & DIJUAL DI PASARAYA YANG TURUT DILAWATI/ MENJADI TUMPUAN PENGGUNA BERAGAMA ISLAM. #kpdnselangor #aduantular #kpdnselangorefektif #kpdnselangorefisien
“Situasi tersebut segera disedari petugas pasar raya dan telah mengalih keluar daripada tempat jualan makanan hasil laut dan diyakinkan tidak berlaku pencampuran dengan makanan laut lain.
“Ia bukan untuk dijual tetapi adalah pesanan peribadi daripada pemilik pasar raya untuk kegunaan luar,” katanya.
Justeru, pihak KPDN telah memberi amaran agar pasar raya berkenaan lebih berhati-hati dan sensitif dengan pembekalan barangan yang dijual kerana premis itu turut menjadi tumpuan pengguna beragama Islam.
Sumber: TikTok