Hangat diperkatakan pada minggu lepas mengenai dua pelakon terkenal yang didakwa telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah.
Sehingga kini, kedua-duanya masih belum memberi kenyataan rasmi berhubung isu itu, namun Ruhainies telah memuat naik satu posting di IG stories meminta pihak media untuk tidak menulis apa-apa kenyataan yang boleh mengundang kontroversi dan fitnah.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Ada beberapa kenyataan kurang tepat tersebar” – Ruhainies Mohon Maaf Atas Apa Yang Terjadi
Artikel berkaitan: Kecoh Kes Artis Ditangkap Khalwat, Kelibat Aliff Aziz & Ruhainies Dilihat Menerusi CCTV Kondo?
Menerusi posting yang dimuat naik awal pagi tadi, Ruhainies mendakwa apa yang terjadi baru-baru ini sama sekali ‘bukan tangkap basah’.
Salam, saya ingin perbetulkan di sini, hati-hati dengan penulisan tajuk atau isi dalam content supaya tidak menimbulkan spekulasi yang lebih buruk yang mengelirukan dan mengeruhkan lagi keadaan. Ianya sama sekali “bukan tangkap basah”.
“Sehingga kini saya masih belum berikan apa-apa kenyataan. Dan segala yang dikeluarkan di media bukanlah statement dari saya dan ianya tidak tepat,” katanya.
Tambah Ruhainies lagi, dia juga memohon pihak media untuk tidak menulis apa-apa yang boleh mengundang provokasi atau fitnah sehingga dia sendiri yang mengeluarkannya secara rasmi.
Saya mohon kerjasama semua pihak supaya lebih berhati-hati dan lebih bertanggungjawab,” katanya lagi.
Dalam pada itu, hasil tinjauan admin pada laman sosial Aliff Aziz dan Bella Astillah, masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan pasangan suami isteri itu berhubung isu ini.
Sebaiknya kita tunggu sahaja penjelasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai isu ini.
Sumber: Instagram