Min nak tanya pendapat korang ni… Kalau kat tempat korang, kebiasaannya nasi dah siap berlauk dijual dalam berapa ringgit? Haa, mesti ada yang kata 4 ringgit lah, 5 ringgit lah. Tapi tu pun bergantung lauk apa yang kita pilih.
Walau bagaimanapun, di Twitter baru-baru ini telah menjadi perhatian pengguna platform tersebut selepas gerai nasi bajet saiz besar yang dijual sekitar Kota Damansara tular. Menarik lagi, peniaga kedai ni jual semua jenis nasi berlauk dengan harga RM3.50 je!
RM3.50 sebungkus nasi tu pun masih ada yang kata mahal ?. Lauk bukan setakat ayam & daging. Kadang udang, sotong, lala, ikan, ketam.
Akak dapat balik modal & ada untung ciput pun alhamdulillah.
Memang niat nak bagi orang makan puas hati. Doa tu berharga. pic.twitter.com/ODzMM7zoJu
— Nurul Shima (@NurulShima_3) January 11, 2022
Saiznya yang besar memang buatkan ramai terliur malah ada yang mengatakan bahawa susah untuk dapatkan makanan berlauk saiz besar dengan harga yang sangat murah. Tambah pula dengan portion yang tak kedekut.
“Gila ka cmni mahal? Cafe office aku nasi dgn peha ayam masak lemak cili api RM5 weh. Seketul je ayam. Nasi 1 senduk. Dasar kapitalis sungguh.” – Komen netizen
Antara lauk yang dijual adalah ayam masak merah, ayam masak kicap, daging goreng berlada, sambal udang dan sambal sotong. Lauk juga berubah-ubah mengikut hari. Wah, menarik ni!
Tersentak bila dulu pernah kena bayar RM7…
Bertanya sendiri dengan peniaga yang dikenali sebagai Nurul Shima itu, dia memaklumkan bahawa dirinya memang suka untuk berniaga dan pernah membuat servis penghantaran makanan selepas tidak lagi bekerja sebagai seorang eksekutif.
Ujarnya lagi, keputusan untuk berniaga dengan menjual nasi bajet berharga RM3.50 adalah disebabkan peristiwa yang pernah terjadi kepada dirinya sendiri selepas dikenakan bayaran sebanyak RM7!
Menurut Nurul Shima, harga yang dikenakan itu masih lagi memberikan pulangan modal dan dapat membayar gaji pekerjanya malah katanya lagi, dirinya sememangnya agak struggle untuk memulakan perniagaan pada awalnya.
Penantian yang membuahkan hasil, selepas 2 tahun berniaga, kini nasi bajetnya mula mempunyai pelanggan yang ramai siap ada yang sanggup tunggu sebelum kedai dibuka kerana risau sekiranya tak sempat untuk beli.
Sedekahkan kepada orang sekeliling…
Bukan itu sahaja, nasi yang tak habis dijual pula Nurul Shima akan sedekahkan kepada orang sekeliling sebagai inisiatif tidak mahu membazir kerana makanan dan lauk yang dimasak pada pagi hari sebelum mula berniaga pada waktu petang.
Jadi, bagi sesiapa yang terliur dan tidak tahu nak makan apa, korang semua boleh pergi ke kedai Nasi Bajet Shima ini yang terletak di depan Surau Al-Falah Seksyen 6, Kota Damansara dan mula dibuka pada 5:30 petang pada Isnin hingga Jumaat.
Ada sesiapa yang nak ikut min tak? Min nak terus gerak ni. Risau jugak kalau habis. Takut kempunan lama pulak nanti. Hihihi…
Baca: Bahana Trend ‘Nasi Paku’, Budak Terpaksa Dibedah Gara-gara Paku Masuk Perut