in

“Bukan semua dapat bad ending” – Ini 5 Kisah Kanak-Kanak Hilang Yang Berakhir Dengan Gembira

kanak kanak hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila ada kes orang hilang, kebarangkalian untuk berjumpa semula dengan individu tersebut amatlah tipis, lebih-lebih lagi kalau mereka sudah dilarikan ke negara lain.

Walau bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu perkara yang impossible untuk bertemu semula dengan orang yang pernah dilaporkan hilang walaupun sudah bertahun-tahun lamanya.


Berikut adalah lima kes kanak-kanak hilang yang berakhir dengan kegembiraan.

1. Kara Robinson Chamberlain

0 Kara Robinson Chamberlain e1643521145251

Chamberlain hanya berusia 15 tahun semasa dia diculik pada tahun 2002 oleh seorang lelaki sambil mengacukan pistol. Ketika insiden, dia sedang menyiram pokok bunga milik rakannya sebelum dia dihampiri seorang pemandu kereta yang memintanya datang dekat untuk memberika satu brochure.

Chamberlain pada mulanya disumbat ke dalam bonet belakang kereta sebelum dibawa ke sebuah apartment dipercayai milik penculiknya, Richard Evonitz. Selepas 18 jam diculik dan dirogol beberapa kali oleh Evonitz, Chamberlain berjaya melarikan diri dan mendapatkan bantuan.

richard evonitz ec e1643521299147

Richard Evonitz yang juga mempunyai rekod jenayah bunuh akhirnya membunuh dirinya sendiri selepas dikepung polis pada tahun sama.

2. Kamiyah Mobley

maxresdefault 1 e1643521374948

Pada 10 Julai 1998, Mobley yang baru sahaja beberapa jam dilahirkan telah diculik oleh Gloria Williams dari University Medical Center di Jacksonville, Florida. Difahamkan, Gloria mengalami keguguran sebelum dia melakukan jenayah terbabit.

Selama 18 tahun, Mobley dibesarkan oleh Williams dan suaminya dan diberi nama baru iaitu Alexis Manigo. Bagaimanapun, segalanya terbongkar selepas Williams diminta untuk jujur mengenai kenapa anak perempuannya itu tak mempunyai sijil lahir yang sah ataupun number sekuriti sosial ketika dia mahu mendapatkan kerja sambilan pada usia 16 tahun.

gloria williams sentencing 03 ht jc 180608 hpMain 16x9t 992 e1643521447926

Menerusi satu ujian DNA pada tahun 2017, Mobley akhirnya dipertemukan semula dengan keluarga sebenarnya. Walaupun begitu, dia tetap menyokong wanita yang sudah membesarkannya dan masih mengelarnya ibu.

3. Michelle Knight, Amanda Berry & Gina DeJesus

549442843 1920x1080 e1643521506626

Mungkin merupakan antara kes penculikan yang popular, Knight, Berry dan DeJesus kesemuanya diculik oleh orang yang sama iaitu Ariel Castro dan dikurung di dalam rumahnya di Cleveland, Ohio selama 10 tahun.

Michelle Knight, yang ketika kejadian berusia 21 tahun merupakan mangsa pertama Castro dan diculik pada tahun 2002. Amanda Berry, 16, pula diculik pada April 2003 dan Gina DeJesus, 14, pula diculik pada tahun 2004. Menurut sumber, Berry dan DeJesus diculik selepas menerima pelawaan Castro yang mahu menumpangkan mereka. Difahamkan, kedua-dua gadis ini kenal Castro sebab mereka sama sekolah dengan anak perempuan Castro.

AP Ariel Castro2 ml 130801 16x9 1600 e1643521615300

Selepas hampir sedekad diseksa dan dirogol sehingga Amanda Berry melahirkan anak Castro, ketiga-tiga wanita terbabit berjaya diselamatkan selepas Berry berjaya mendapatkan bantuan jiran Castro pada tahun 2013.

Castro akhirnya ditahan polis dan mengaku bersalah atas kesalahan menculik, merogol dan mengasari ketiga-tiga wanita berkenaan. Walau bagaimanapun, dia membunuh dirinya sebulan selepas dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

4. Steve Carter

0 STEVE CARTER e1643521697893

Siapa sangka satu carian di internet membawa kepada penyelesaian satu kes kanak-kanak hilang yang sudah berlaku 30 tahun lamanya?

Itulah apa yang terjadi dalam kes Steve Carter ini apabila dia terjumpa gambar seorang budak yang sangat mirip wajahnya ketika sedang membaca mengenai kes kanak-kanak hilang di internet. Pun begitu, nama kanak-kanak hilang yang berwajah serupa dengannya itu adalah Marx Panama Barnes.

Hasil ujian DNA bagaimanapun, mendedahkan Carter dan Marx Panama Barnes adalah orang yang sama. Rupanya, Carter telah diculik ibu kandungnya sendiri semasa masih bayi dan ditinggalkan di rumah anak yatim pada usia 4 tahun.

5. Natasha Ryan

natasha ryan 2 e1643521840569

Selama lima tahun, keluarga Natasha Ryan percaya remaja itu telah meninggal dunia dan mungkin merupakan mangsa pembunuh bersiri, Leonard Fraser. Walau bagaimanapun, selepas menerima satu tip daripada seseorang yang enggan dikenali, pihak polis membongkar yang Ryan sebenarnya bukan diculik tetapi dia sendiri yang melarikan diri untuk mengikut teman lelakinya.

Menurut laporan polis, Ryan dilaporkan hilang pada 31 Ogos 1998 selepas ibunya menghantarnya ke sekolah. Ketika kejadian, Ryan hanya berusia 14 tahun.

Selepas dia gagal ditemui tiga tahun kemudian, keluarganya menganggap dia sudah meninggal dunia. Walaupun begitu, pada tahun 2003, Ryan ditemukan hanya empat kilometer daripada rumah keluarganya. Difahamkan, sepanjang tempoh dia hilang, Ryan menyorok di dalam almari di rumah teman lelakinya untuk mengelakkan diri daripada dikesan.

Sumber: Insider, Ranker

Baca: 33 Tahun Terpisah Akibat Diculik, Lelaki Pulang Ke Pangkuan Ibu Lepas Lukis Peta Kampung Sendiri

4 4 e1643516508883

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.