Sebagai pengguna kereta, korang mesti tahu apa barangan yang bahaya jika ditinggalkan dalam kenderaan yang terdedah dengan cuaca panas terik.
Seorang wanita mengalami detik cemas apabila mendapati cermin hadapan keretanya retak selepas penutup botol termos yang disimpan di dalam kereta meletup.
Dalam hantaran yang dikongsikan oleh wanita itu di TikTok, dia menunjukkan keadaan cermin hadapan yang retak berbentuk bulatan akibat terkena penutup botol yang melantun ke arah cermin berkenaan.
Artikel berkaitan: “Haramkan benda ni” – Wanita Kecewa Cermin Kereta Pecah Dakwa Gara-Gara Permainan Lato-Lato
Artikel berkaitan: “Cermin pecah & kemik” – Wanita Mengaku Salah ‘Block’ Kereta Lain, Minta Saksi Tampil Bagi Rakaman ‘Dashcam’
@pinky_lollipops
Ramai yang berandaian bahawa berkemungkinan air botol yang disimpan dalam kereta adalah air panas namun wanita itu menyatakan ia disebabkan air tembikai yang telah basi.
Menurutnya, botol termos tersebut berisi air tembikai yang telah lama ditinggalkan dalam kereta dalam keadaan cuaca panas, menyebabkan ia bergas apabila basi dan meletup akibat tekanan gas tersebut.
Dalam pada itu, ada juga yang berkongsi mengalami kejadian yang sama dengan jenis minuman lain.
Justeru, wanita itu mengingatkan kepada orang ramai untuk tidak meninggalkan air di dalam kereta lebih-lebih lagi yang terdedah kepada panas matahari.
Harap bertabah ya, pedihnya hati ni tengok cermin kereta tu retak.
Sumber: TikTok