in

“Bukan peruntukan daripada kerajaan tapi ihsan penaja” – Isu Baju Kontinjen Negara, MOM Beri Penjelasan

Syaz Ft 2024 06 25T111340.283

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak hujung minggu lalu, media sosial kecoh dengan seragam kontinjen kebangsaan bagi temasya Sukan Olimpik yang bakal berlangsung bulan Julai di Paris, Perancis.

Terbaru, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyatakan seragam ke temasya sukan itu dibangunkan dengan mengambil kira konsep rekaan terkini walaupun berdepan kekangan tertentu.


Artikel berkaitan: Ramai Kecewa Dengan Baju Rasmi Kontinjen Malaysia Olimpik 2024, Ini Respon Menteri KBS

Artikel berkaitan: Sama Seperti Tokyo, Katil ‘Anti-Maksiat’ Bakal Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024

1 9

 

Setiausahanya, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata pemilihan pakaian rasmi itu dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.

“Sebenarnya kita tertakluk kepada apa yang penaja boleh berikan dalam keadaan pengehadan tertentu dan ia (juga) bergantung dengan bajet. Kalau nak terbaik atau premium, itu menjadi faktor kos kepada penaja jadi ia perlu dipertimbangkan.

Ini bukan peruntukan daripada kerajaan atau wang daripada siapa-siapa, tetapi ihsan daripada penaja,” katanya.

Isu rekaan seragam yang menampilkan jaket, t-shirt serta baju berkolar menjadi bualan hangat dan rata-rata netizen menganggap ianya downgrade dari rekaan temasya sukan itu sebelum ini.

Dalam pada itu, Mohd Nazifuddin berkata rekaan terbaharu itu akan digunakan buat kali pertama semasa temasya Sukan Olimpik Paris 2024 dan pihaknya akan mendapatkan maklum balas pemegang taruh, atlet dan pegawai sukan berhubung reaksi yang diterima mengenai pakaian berkenaan.

“Untuk sementara ini, pakaian rasmi itu akan digunakan kontinjen ke Paris tetapi pakaian untuk upacara pembukaan berbeza, pakaian rasmi ini cuma untuk digunakan sewaktu temasya dalam perjalanan ke venue pertandingan,” katanya.

Hmm, harap tukarlah design tu, sempat lagi ni…

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.