in

“Bukan nak riak ke apa…” – Fazura Akui Lebih Tenang & Bahagia Lepas Bercerai

Ft Fazura Lebuh Bahagian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon dan penyanyi, Nur Fazura akui dirinya kini menjadi lebih tenang dan bahagia selepas bercerai dengan Fattah Amin.

Bukan mahu bersikap riak tetapi Fazura atau nama sebenarnya, Nur Fazura Sharifuddin mengatakan bahawa dia hanya sekadar berkongsi situasi yang sedang dilaluinya serta bersyukur mampu berdepan ujian dengan lebih baik.


Artikel berkaitan : Fazura Dapat Hak Jagaan Anak Sepenuhnya, Fattah Amin Diberi Hak Lawatan Bermalam 2 Kali Sebulan

Artikel berkaitan  : Fazura Hadir Ke IPD, Buat Laporan Polis Berkaitan Fitnah Di Media Sosial

“Kehidupan sekarang sejujurnya saya tenang dan lebih bahagia. Bukan nak riak ke apa, tapi ini sejujurnya yang saya rasa sekarang. Saya bersyukur kepada Allah,” kata Fazura ketika ditemui di Mahakamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor selepas selesai urusan hak hadanah hari ini.

@mstarmalaysia

Selepas sah bercerai dengan Fattah Amin, pelakon Fazura mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan bahagia. #sembangentertainment #beritaditiktok #fyp #viral

♬ original sound – mStar Official – mStar Official

Jelas penyanyi lagu Bertahan Demi Cinta ini lagi, dia tidak ambil pusing dengan kecaman kepadanya di media sosial. Malah, Fazura juga memilih untuk serahkan segalanya kepada Allah SWT.

“Tidak mengapa saya tenang sahaja. Terserah kepada Allah apa yang orang nak kata, itu urusan mereka. Urusan saya, hanya saya dengan Allah.”

Untuk rekod, Fazura pernah dikecam selepas mendedahkan punca penceraiannya pada 7 Oktober lalu. Ia kerana ada yang berpendapat bahawa tindakan tersebut adalah satu aib yang perlu dijaga dan tidak sepatutnya didedahkan kepada umum.

Dalam pada itu, berkenaan dengan kerjaya seninya di Indonesia, Fazura memaklumkan bahawa temu bual bersama program televisyen di negara itu sudah dirancang lama.

“Itu sebenarnya sudah lama dirancangkan, jadi itu sahaja urusan kerja yang sudah ditetapkan. Dekat mana-mana pun, saya bersyukur atas rezeki yang Allah bagi.”

Jelas Fazura lagi, rancangannya selepas ini hanyalah mahu menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

Sumber : mStar Online

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.