in

“Bukan dulu dia…” – Bersuara Isu ‘Besties’ Bergaduh, Netizen Perli Tweet Anna Jobling?

anna jobling

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hujung minggu lepas, anak kepada pelakon senior Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona mendedahkan bekas teman lelakinya kini sedang bercinta dengan teman baiknya.

Menerusi sebuah video TikTok yang dimuat naik oleh Leona, dia memberi bayangan seolah hatinya retak apabila mendapat tahu mengenai perkara itu dengan menggunakan filter kaca yang dipecah-pecahkan.


Artikel berkaitan: Azhar Sulaiman Tegur Leona Supaya Kuruskan Badan, Tapi Netizen Tak Setuju Sebab…

Artikel berkaitan: “Ini DAH FITNAH” –  Haneesya Hanee Bersuara Isu 2 Tahun Lalu, Tegaskan Dia Tak Pergi Kelab Lepas Menang Dewi Remaja

Pun begitu, Leona memberitahu dia tidak lagi ‘terikat’ dengan perasaan itu dan boleh bergurau mengenainya. Perkara itu menjadi tular sehingga hari ini dan ramai yang seakan sudah dapat meneka siapakan ‘teman baik’ Leona itu.

Tidak cukup dengan itu, pelakon yang kian menempa nama dalam industri lakonan tanah air, Anna Jobling turut memuat naik satu ciapan di X berkenaan isu ini.

“Alhamdulillah saya dan kawan baik saya mempunyai selera yang sangat berbeza pada lelaki jadi kami tidak perlu risau,” tulisnya.

Netizen bagaimanapun memerli kenyataan pelakon Melur Untuk Firdaus itu memandangkan sebelum ini dia pernah terpalit dengan isu tikam belakang terhadap kawan rapatnya sebelum ini iaitu Haneesya Hanee yang menyebabkan gelaran Dewi Remaja yang diperolehnya ditarik semula.

cats 19

Laju je netizen ni ya!

Sumber: Twitter 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.