Kecoh diperkatakan warganet semalam berkenaan sebuah video berunsur lucah dikatakan melibatkan seorang pelakon remaja yang tidak sangka-sangka ramai.
Antara nama yang menjadi sebutan ialah pelakon, Nik Adam Mika dan perkara tersebut akhirnya sampai ke pengetahuan bapanya, Nik Mohd Adli yang menafikan hal tersebut berlaku.
Menurut Nik Mohd Adli, individu di dalam video tersebut bukan Adam Mika dan dia yang juga sudah menonton video tersebut mendapati susun atur perabot dalam video berkenaan berbeza dengan rumahnya, lapor mStar.
Adam tak kendali sebarang akaun media sosial
Tambah bapa Adam lagi, anaknya tidak mengendalikan sebarang akaun media sosial dan dia sering memantau aktiviti harian pelakon remaja itu.
Saya dah tengok video itu, yang dalam video tu bukan rumah saya. Rumah saya banglo baru dan dalam video itu nampak macam rumah kampung.
“Ruang rumah kami bukan macam tu. Adam punya kerusi gaming pun bukan macam tu.
“Dalam telefon bimbit, iPad dan laptop memang tak ada Instagram, Twitter, Telegram… semua tak ada. Memang saya tak bagi dia ada benda-benda macam tu,” katanya.
“Lepas mengetahui video itu, saya pukul dia…”
Nik Mohd Adli juga berkata, video berkenaan jadi kekeliruan ramai apabila ‘pelaku’ dikatakan agak mirip dengan Adam Mika.
Malah bila ditanya mengenai emosi Adam Mika ketika ini, bapanya memberitahu bahawa anaknya itu tidak mengetahui berkenaan kontroversi itu sehinggalah diberitahu semalam.
Dia tak tahu langsung pasal benda ni, segala-galanya melalui saya terlebih dahulu. Instagram, Twitter sebab saya yang pegang. Dia tak tahu menahu pun pasal ni.
“Semalam selepas mengetahui mengenai video itu, saya pukul dia… tapi dalam masa saya tanya tentang hal ini dan dia macam tak tahu apa-apa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Nik Mohd Adli juga telah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan bagi membersihkan nama pelakon remaja itu dan keluarganya.
Bapa pelakon itu juga tidak tolak kemungkinan anaknya bakal mengundurkan diri dalam bidang seni dan menceburi bidang lain pula.
Apa-apapun harapnya emosi Adam Mika tak terkesan dengan perkara yang berlaku.
Baca: “Tak terfikir nak buat benda keji macam tu” – Individu Dipercayai Bapa Aqish Buat Laporan Polis