in

“Bukan cubaan pertama” – Lelaki Racun Keluarga Sendiri, Geram Tak Diberi Perhatian & Asyik Disuruh Cari Kerja

sianida racun keluarga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Gara-gara merasa seperti tidak dipedulikan dan kerap didesak untuk mencari kerja, seorang lelaki warga Indonesia tergamak meracun keluarganya sendiri sehingga membawa kepada kematian.

DDS

Suspek, Dhio Daffa Syadilla, 22, mengaku membeli racun jenis sianida secara dalam talian sebelum mencampurkannya ke dalam minuman yang kemudiannya dihidang kepada ahli keluarganya.


Ketua Jabatan Kesihatan Polis Jawa Tengah, Sumy Hastry berkata, hasil bedah siasat mendapati, berdasarkan luka yang dialami mangsa; Abas Ahar (58), Heri Riyani (54) dan Dhea Chairunisa (25), racun yang digunakan suspek agak banyak sehingga mengakibatkan tekak dan perut mangsa melecur.

“Kalau dilihat pada luka, dos racun yang digunakan agak banyak. Boleh sampai 2 hingga 3 sudu kecil. Racun itu nampaknya tidak menukar warna dan rasa teh dan kopi yang diminum ketiga-tiga mangsa,” katanya.

TKP Prajenan

Dalam pada itu, siasatan mendapati, ini bukanlah kali pertama suspek yang juga anak kedua keluarga berkenaan meracun keluarganya.

Ternyata lima hari sebelum kejadian, suspek telah mencampurkan racun sama dalam minuman keluarganya. Pun begitu, mungkin dos yang digunakan kecil kerana tiada apa-apa kesan yang dialami ketiga-tiga mangsa.

Sumber: CNN Indonesia

Baca: Ibu Tergamak Racun Anak Guna Peluntur Semata-mata Nak Minta Sumbangan Orang Ramai

racun anak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.