in

“Bukan Army yang buat” – Akhirnya Kantoi, Rupanya ‘Agama’ BTS Sengaja Diwujudkan Oleh Haters BTS?

feature 1 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lepas viral di media sosial terutamanya di Twitter tentang kewujudan ‘agama’ BTS. Sampai ada yang bergaduh pasal benda ni. Sepatutnya, bulan Ramadan ni digunakan sebaiknya untuk cari pahala.

Rupanya, ‘agama’ BTS bukanlah diwujudkan oleh peminat kumpulan K-POP tersebut sebaliknya ia telah dibuat oleh haters BTS! Kesian geng Army weh sebab ramai yang dah salah faham! Kalau ya pun tak suka, rasanya tak perlu sampai nak fitnah orang yang tak bersalah.


bts 20

Rupanya, Army Malaysia juga telah membuat laporan tentang group Telegram yang diperkatakan sebab mereka tidak mahu nama Islam dipersendakan sewenang-wenangnya.

bts

Difahamkan, ‘agama’ ini disebarkan oleh seorang lelaki Indonesia yang juga merupakan haters BTS yang berniat sengaja mahu memburukkan nama kelab peminat BTS yang juga dikenali sebagai Army.

Menurut Army, ‘agama’ itu bukanlah mereka yang wujudkan sebab dalam group tu, nama ahli BTS pun haters salah eja. Kalau betul peminat yang buat, takkan lah dorang boleh salah eja nama artis kegemaran dorang? Betul jugak tu kan.

bts 1 1

Korang boleh tengok bukti lain kat bawah ni.

bts 12

Untuk pengetahuan korang, golongan haters kumpulan K-POP memang sanggup buat apa saja untuk burukkan nama artis-artis Korea Selatan termasuklah nama baik kelab peminat artis tersebut.

So, sekarang dah terbukti bukan Army yang menjadi dalang ‘agama’ BTS. Jadi, korang berhenti lah kecam dorang sebab Army tak bersalah. Rasanya lebih elok kalau semua fokus untuk buat kebaikan ketika bulan baik ni.

 

Baca: “Remuk hati tengok dia nangis” – Peminat BTS Sedih Tengok Penyanyi Kesayangan Kecewa Sebab Konsert Batal Akibat Covid-19 

bts 15

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.