Baru-baru ini, pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata perempuannya, Arabella Mia hasil perkongsian hidup dengan jejaka Inggeris, Alexander Charles.
Namun beliau yang kini menetap di United Kingdom telah menerima pelbagai komen daripada netizen selepas memuat naik foto bersiar-siar dengan anaknya selepas 4 hari melahirkan bayi.
https://www.instagram.com/p/Cj7b6J2oq23/
Segelintir netizen juga mempersoal sama ada doktor tersebut ada mengamalkan tempoh berpantang seperti yang dilakukan oleh ibu-ibu berbangsa Melayu di Malaysia ini atau tidak.
Malah penampilannya yang nampak segar dan sihat membuatkan ramai yang tertanya-tanya apa yang diamalkan Dr Amalina ini sampai nampak cergas lepas 4 hari melahirkan anak.
“Saya berkongsi amalan saya sendiri berdasarkan kajian saintifik”
Bagi menjawab segala persoalan netizen mengenai cara dia berpantang selepas melahirkan anak, Dr Amalina telah berkongsi 8 tips yang diamalkannya berdasarkan kajian saintifik yang disaran pakar obstetrik dan pengalamannya sendiri sebagai seorang doktor.
Berikut apa yang dikongsikannya:
- Amalkan makanan sihat & seimbang seumur hidup. Makan sayur-sayuran & buah. Kurang garam, gula & minyak. Makan secara bersederhana utk mengekalkan berat yg ideal. Tidak perlu pantang telur/ayam jika tiada alahan.
- Minum air kosong 2-3 liter sehari, kurangkan minum air manis e.g air boba, milo.
- Tingkatkan intensiti aktiviti seharian secara beransur-ansur. Jangan angkat barang yg lebih berat drp bayi anda selama 6 minggu.
- Jika anda bersalin secara normal tanpa komplikasi, anda boleh mulakan senaman ringan sebaik sahaja anda berasa bersedia. Ini termasuk berjalan kaki (utk elak blood clots), kegel (pelvic floor exercise) & senaman perut. Anda digalakkan utk menunggu 6 minggu sebelum memulakan senaman berimpak tinggi, seperti aerobik atau berlari. Jika pendarahan (lochia) anda bertambah berat atau bertukar warna (menjadi merah jambu atau merah) selepas melakukan aktiviti, anda mungkin melakukan aktiviti secara berlebihan. Kurangkan aktiviti dan pastikan anda mendapat byk rehat. Pakai compression TED stockings utk elak blood clots.
- Jaga bahagian perineum. Basuh dengan air dari depan ke belakang & lap sehingga kering setiap hari. Tukar maternity pad every 3-4 hours. Jika bersalin melalui C-section, bersihkan & lap luka sehingga kering setiap hari, pakai pakaian longgar & seluar dalam cotton & ambil ubat penahan sakit (paracetamol/ibuprofen selamat utk breastfeeding). Jaga kebersihan & mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu utk elak constipation.
- Buat kegel exercise utk menguatkan otot pelvis.
- Elak hubungan seks sehingga darah lochia berhenti atau selama 6 minggu selepas bersalin.
- Jaga kesihatan mental, jangan stress & enjoy your motherhood. Dapatkan sokongan drp suami & keluarga.
https://www.instagram.com/p/CkIdJcPjCY-/
Menurutnya lagi, gaya hidup sihat ini perlu dilakukan seumur hidup dan bukan dalam tempoh 44 hari lepas bersalin.
“Satu nasihat dan saranan terbaik untuk ibu-ibu bersalin”
Perkongsian tersebut mendapat pelbagai komen positif dari netizen yang suka akan tips bernas berdasarkan kajian saintifik yang diberikan Dr Amalina itu.
Ramai juga yang mengatakan cara berpantang Dr Amalina yang moden ini wajar dipraktikkan oleh ibu-ibu zaman sekarang. Lebih senang dan tak banyak kerenah kan?
Wah patutlah Dr Amalina nampak cergas je walaupun baru lepas bersalin. Ibu-ibu kat luar sana boleh juga cuba tips doktor ni. Tak salah kita praktikkan cara pantang yang lama dan baru.
Baca: “Sini 3 bulan je” – Ramai Jealous Dr Amalina Boleh Ambil ‘Maternity Leave’ Sampai Setahun