Isu mengenai stesen radio ini dilihat menjadi hangat sehingga ramai pihak jadikan ia sebagai satu topik perbualan semenjak kes mengenai Tyzo viral.
Salah satunya adalah podcast yang tular sejak kebelakangan ini di mana beberapa panel berborak dengan pelawak Shuk Sahar mengenai topik stesen radio.
Artikel Berkaitan : “Biarlah gambar berbicara” – Tyzo Dedah Carta Rating Segmen di Radio Suria FM
Artikel Berkaitan : Saling ‘Block’ Satu Sama Lain, Shuk Sahar Tak Tahu Bekas Isteri Bakal Tamatkan Zaman Janda
Dalam video yang tular di platform X sehingga meraih lebih daripada 1,500 jumlah perkongsian ini, dilihat mereka sedang berbicara mengenai isu Tyzo dan Suria FM ini. Jelas mereka, sejak Tyzo ‘dibuang’ daripada Suria FM, mereka mendakwa bahawa banyak stesen radio terkemuka ‘berebut-rebut’ mahukan Tyzo.
Mereka juga turut memberikan penghargaan kepada Era FM sebelum topik berubah ditujukan kepada Syuk. Syuk menjelaskan bahawa dia juga pernah dibuang kerja oleh stesen terbabit sewaktu berkhidmat sebagai penyampai di stesen tersebut.
Shuk pernah menjadi penyampai Era FM untuk slot hujung minggu dan dibuang kerja pada Hari Raya Aidilfitri. Jelas Shuk, dia dilarang sama sekali untuk ke udara secara rakaman, namun begitu, dia mengingkari arahan.
Memandangkan pada waktu itu Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari hujung minggu, Shuk telah membuat rakaman tersebut pada malam raya untuk disiarkan pada waktu yang telah ditetapkan. Bagaimanapun, helahnya terbongkar apabila pengurus menelefonnya untuk membuat pembetulan susunan lagu.
Pada pagi raya itu Shuk sudah hampir sampai ke kampung halamannya di Penang, dia terpaksa berterus terang dan dimarahi oleh pengurus sebelum diberhentikan kerja.
Pengalaman Syuk sebagai penyampai radio.. pic.twitter.com/SA2Aqta0T9
— Jalal Misai (@jllmisai) January 22, 2024
Menjengah ke ruangan komen ia ternyata mendatangkan reaksi kurang senang netizen kerana membuka aib sendiri, malah, ada juga yang tidak gemar dengan perkongsian ini kerana ia disifatkan sebagai perbuatan yang tidak amanah dalam kerja selain etika kerjanya dipertikaikan.
Untuk rekod, Shuk pernah berkhidmat sebagai penyampai radio di Hot FM namun digantung kerja dan diberhentikan disebabkan isu membabitkan rumah tangganya yang hangat diperkatakan tidak lama dulu.
Sumber : X