Tanggungjawab sebagai ibu bapa ni bukanlah mudah, malah kehidupan pun tak sama macam sebelum ada anak, banyak benda yang terpaksa ditinggalkan lebih-lebih lagi bila anak masih kecil.
Namun apa yang berlaku di negeri jiran ni lain pulak, satu kes yang berlaku semalam di Indonesia telah mendapat perhatian apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkap tingkat tiga sebuah bilik hotel.
Kejadian yang berlaku di Hotel Grand Central di Pekanbaru pada jam 3.30 pagi ini disedari selepas salah seorang pekerja hotel telah melihat ada benda jatuh sebelum mendekati dan menemui ianya merupakan seorang budak.
Menurut kenyataan dari pihak polis di sana, mangsa yang dilihat berlumuran darah itu telah pun terus dikejarkan ke hospital menggunakan kenderaan hotel manakala seorang petugas telah pergi ke bilik di tingkat tiga itu untuk membuat pemeriksaan.
Kerana tak ada yang membukakan pintu, petugas hotel membuka kamar tersebut dengan kunci master, namun kamar dalam keadaan kosong dan jendela terbuka.”
10 minit kemudian, ibu bapa kepada kanak-kanak malang tersebut Okta Reviani Heni dan Muhammad Rizky Ravaneli telah kembali ke bilik mereka dan gagal menemui anaknya.
Ketika disoal siasat, kedua ibu bapa ini mengaku bahawa mereka tiada di bilik hotel tersebut kerana sedang seronok berkaraoke di pusat hiburan karaoke yang disediakan di tingkat bawah hotel.
Ibu bapa ini mengatakan mereka telah membuat keputusan untuk meninggalkan anaknya yang sedang tidur dan telah menutup tingkap hotel tanpa dikunci.
Anak mereka kemudiannya disahkan meninggal dunia ketika tiba di hospital namun pihak keluarga telah meminta agar pihak polis tidak membuat pembedahan siasat ke atas anak mereka.
Sumber: suarariau.id, Liputan 6
Baca: “Papa dan mommy redha” – Temui Kesan Lebam Di Dahi, Bayi 10 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh