Sebagai seorang ibu, mesti kita rasa tak sanggup melihat keadaan anak yang cedera kerana perbuatan orang lain. Pastinya kita akan rasa panik, marah, sedih dan terkilan kerana rasa tidak mampu menjaga anak dengan selamat.
Perkara ini yang terjadi kepada seorang ibu yang dikenali sebagai Syaheera kerana rasa terancam setelah anaknya menjadi mangsa keganasan individu yag tidak dikenali. Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram pengguna yang dikenali sebagai Iesya Toh.
Anak Syahera yang berumur 6 tahun telah ditampar oleh orang yang tidak dikenali ketika sedang bermain di luar rumah tanpa pengawasannya.
Tampar sebab mangsa tak nak ikut masuk rumah kosong
Melihat keadaan anaknya, hati Syahera berkecai apabila anaknya berlari pulang ke rumah sampai menangis ketakutan dan memgang pipinya. Baginya ia adalah satu memori yang tidak akan dilupakan dan Syahera akui salahnya kerana tidak pantau anak.
“Luluh hati saya seorang ibu bila tengok anak berlari ketakutan sambil pegang pipi menangis menjerit panggil mama2, anak cakap ada orang panggil dia kata nak main bersama.”
Walaubagaimanapun, kurang pasti sama ada individu tersebut orang dewasa atau masih budak, tetapi Syahera mengatakan bahawa individu tersebut ajak anaknya pergi ke rumah kosong untuk ambil mainan.
“Anak saya cakap taknak tapi dipaksa juga naik masuk dalam rumah kosong tu, jadi anak saya menangis cakap taknak nak balik nak mama, mungkin orang tu marah kot sebab anak saya taknak dengar cakap dia suruh naik atas masuk ke dalam rumah kosong tu then sampai dia pelempang muka anak saya macam ni sekali dan dia cabut lari, apa salah anak saya?.”
Dia telah cuba mencari individu tersebut tetapi tidak jumpa pelakunya. Bagaimanapun anaknya kenal dengan wajah pelaku dan akan cuba mencarinya. Jelas Syahera lagi ini pertama kali terjadi dalam hidupnya dan ia patut dijadikan tauladan. Kini, dia masih trauma untuk membenarkan anaknya bermain di luar lagi.
Baca : Netizen Bengang Tengok Individu Dera Kanak-Kanak, Kena Tampar Dan Cubit Sampai Terangkat!