Viral dekat Twitter sejak dua hari lepas tentang sebuah salon rambut hanya mempunyai lelaki sebagai hairstylist dan semuanya tanpa berbaju!
Gambar-gambar itu semua menunjukkan pelanggan perempuan tersenyum dilayani staf lelaki tak pakai baju yang memberi servis di salon tersebut.

Menurut Coconuts, premis itu dikenali sebagai Sutteerak Hair Salon dan terletak di wilayah Chanthaburi, Thailand. Sebenarnya, salon itu menawarkan one time experience kepada para pelanggan perempuan untuk dilayani model lelaki tanpa baju bersempena dengan pembukaan cawangan kedua mereka.
Malah, grand opening tu berlangsung pada Mei 2018 dulu dan jadi viral semula dekat Twitter lepas ada satu page upload pasal salon ini.

Jadi, untuk mempromosikan dan bagi orang tahu pasal salon baru dibuka itu mereka upah 4 orang model lelaki untuk melayani serta menghiburkan pelanggan mereka pada hari perasmian tersebut.
Bukan setakat gunting dan cuci rambut je, maksud layan pelanggan itu termasuklah memberi hiburan dengan persembahan tarian dari empat model tersebut. Mereka juga buat servis dukung pelanggan perempuan di dalam kawasan salon atas permintaan.
https://www.facebook.com/100002943691600/videos/1677455065695934/
https://www.facebook.com/100002943691600/videos/1678158242292283/
Empat model berbadan sasa ini berdiri di depan entrance dan tolong bukakan pintu untuk semua wanita yang datang. Mereka kemudian akan iring wanita itu ke dalam salon dan menurut ‘perintah’ mengikut permintaan.
https://www.facebook.com/100002943691600/videos/1676132585828182/

Promosi ini cuma dibuat sekali itu sahaja semata-mata untuk memberitahu orang ramai tentang pembukaan cawangan tersebut.
Tapi, menurut Nextshark perkara sebegini bukanlah sesuatu yang luar biasa dan kini dah macam jadi satu taktik dalam dunia perniagaan. Semakin banyak bisnes seperti restoran, kedai kopi dan salon menggunakan model seksi untuk mempromosikan produk atau servis yang mereka tawarkan.
Berangan jela siapa nak pergi tu, dah takde dah haha!
Baca: “Kamu mau nggak di make up-in aku?” – Isteri Minta Suami Jadi Model Untuk Disolek, Ini Hasilnya!