in

Buat Larian Dengan Tangan Bergari Sejauh 1.6km, Bekas Atlet Negara Pecah Rekod Dunia

2Lari

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bekas atlet negara dan pemegang rekod lima kali Malaysia, Melinder Kaur mencipta nama sekali lagi apabila berjaya memecahkan dua rekod dunia di Arena Sukan Kuala Lumpur di Setapak semalam.

Memetik laporan FMT, atlet berusia 36 tahun itu memecahkan rekod larian satu batu (1.6km) terpantas dengan gari kategori wanita dengan catatan masa 5 minit 57 saat. Rekod sebelumnya dibuat oleh Sandra Hickson dari Ireland pada 2018 dengan catatan masa 6 minit 37 saat.


Screenshot 2024 06 09 At 1.30.37 Pm

Selain itu, Melinder juga berjaya mencatatkan rekod baharu dalam larian terpantas sejauh 1.6km tanpa berkaki ayam. Percubaan larian itu adalah rekod dunia yang tidak pernah dicuba sebelum ini.

Dalam percubaan larian berkaki ayam itu, Melinder mencatat masa 6 minit 4 saat, di bawah penanda aras 6.5 minit yang diberikan kepadanya oleh Rekod Dunia Guinness.

Saya sangat gembira. Saya berasa sangat berpuas hati. Saya hanya memberitahu diri saya untuk melakukan apa sahaja yang saya boleh dan, saya berjaya mencatat masa yang baik”

Sementara menunggu pengesahan keputusan rasmi oleh Guinness World Records, Melinder secara automatik telah memperoleh satu lagi anugerah daripada Malaysia Book of Records (MBR) untuk larian bergarinya, sekaligus menambah lima rekod yang sudah dimilikinya.

Screenshot 2024 06 09 At 1.29.06 Pm

Bekas atlet lari berhalangan negara itu juga telah melakar nama dalam acara berlari tanpa henti di atas treadmill selama 25 jam, dan berlari ke belakang di atas treadmill selama 12 jam.

 

Baca: Sama Seperti Tokyo, Katil ‘Anti-Maksiat’ Bakal Digunakan Di Sukan Olimpik Paris 2024

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.