Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga bukan lagi isu asing yang sering kita dengari terutamanya dalam kalangan suami isteri.
Malah faktor orang ketiga turut menyumbang kepada punca berlakunya perceraian yang semakin menunjukkan peningkatan saban tahun.
Selepas berkongsi kisah kemelut rumah tangga, bekas isteri ND Lala iaitu Fauziah Sarman mendedahkan bahawa isteri baharu penyanyi itu membuat laporan polis mendakwa salah seorang anak mereka mencuri kenderaan miliknya.
Menerusi sebuah rakaman video yang dimuat naik di laman TikTok, ND Lala dilihat sedang merakam anaknya untuk membuat pengakuan sementara wanita berpurdah yang dipercayai Siti Munirah sedang memeriksa kereta yang didakwa dicuri itu.
@
Dalam video itu, ND Lala mengarahkan anak lelakinya membaca pengakuan maaf dan menyerahkan kereta terbabit sambil diperhatikan wanita terbabit.
“Inilah penyerahan kereta dan barang-barang serta dokumen bersama di dalamnya,” kata anak lelakinya.
Perkongsian video itu telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang merasa hairan dan keliru dengan perlakuan bapa kepada Shila Amzah itu yang didakwa tergamak membelakangkan keluarga sendiri demi isteri baharunya.
Ramai yang mendakwa bahawa penyanyi itu seperti terkena buatan isteri baharunya kerana begitu mudah mengikut arahan.
Dalam pada itu, ramai yang bersimpati dengan Fauziah dan mendoakan agar ibu kepada empat anak ini reda dengan ujian yang dihadapinya.
Terdahulu, Fauziah menerusi hantarannya di akaun Instagram menjelaskan anak lelakinya menolong mengambil kereta yang tertinggal di Kedah kerana ND Lala dikatakan sakit.
Baca: “Beg pakaian bercampur baju suami dan perempuan lain” – Ibu Shila Amzah Buka Mulut Isu ‘Penyondol’