Selepas kejayaan filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang ditayangkan pada tahun lepas, tahun depan, bakal muncul sekuel baharu filem ini yang bertajuk Pendekar Awang: Darah Indera Gajah.
Menerusi trailer yang baru ditayangkan semalam, ramai yang dah tak sabar nak tengok filem ini sebab pelakon-pelakon yang ditampilkan memang hebat belaka seperti Fattah Amin, Nur Fazura, Heliza Helmi, Mawi dan banyak lagi.
Kostum filem Pendekar Awang ditegur tak tepat?
Pun begitu, poster dan trailer yang dikeluarkan filem berkenaan telah menerima kecaman daripada beberapa pihak yang mendakwa kostum dan props yang digunakan di dalam filem itu dikatakan tidak tepat dengan sejarah budaya Melayu.
Menerusi perkongsian individu bernama Suhaimi di Facebook, dia menyatakan beberapa perkara yang tidak logik di dalam filem itu, salah satunya berkenaan kostum para wanita yang turun berperang.
Kostum berkenaan dikatakan ‘buang tebiat’ kerana memakai jubah bertutup litup dalam persekitaran hutan tropika yang bersuhu dan berkelembapan yang tinggi.
“Busur tu bukan busur Melayu”
Tambahnya lagi, busur yang digunakan di dalam poster berkenaan juga tidak tepat kerana ia kelihatan seperti busur di kalangan orang Parsi, Turki, Mongol dan utara India.
Busur Melayu menurutnya kemungkinan dibuat dari batang-batang buluh, rotan atau kayu yang ada kaedah cantuman minima yang dilakukan dengan lilitan rotan atau bambu yang dianyam.
Boleh baca sepenuhnya kritikan kepada kostum filem ini di bawah…
Teguran yang dibuat individu ini walau bagaimanapun telah mendapat komen yang pelbagai dengan rata-rata ada setuju dan menganggap penghasil filem ini kurang membuat penyelidikan mengenai sejarah pada zaman berkenaan.
Manakala ada juga yang berpendapat, filem ini hanyalah sekadar fiksyen sejarah semata-mata dan pembikin filem membuat hal untuk mengubah suai busana dan prop bersesuaian dengan jalan cerita.
Sebaiknya, kita tonton dulu filemnya yang bakal ditayangkan pada 11 Januari depan dan barulah kita buat penilaian.
Sumber: Facebook