in

“Brutal gila training” – Budak 7 Tahun Koma Lepas Kena Hempas 27 Kali Dalam Kelas Judo

Brutal Gila Training Budak 7 Tahun Koma Lepas Kena Hempas 27 Kali Dalam Kelas Judo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu bapa mana yang tak berkecai bila dapat tahu anak mereka yang dihantar dalam keadaan sihat ke kelas, pulang dalam keadaan cedera parah. Tambah menyayat hati apabila anak itu kini berada dalam keadaan koma selepas ‘dikerjakan’ dalam satu kelas mempertahankan diri.


Coma E1620527106181
Gambar hiasan

Itu lah mimpi ngeri yang berlaku pada sebuah keluarga di Taiwan selepas anak lelaki mereka disahkan koma selepas mengalami pendarahan otak serius susulan dihempas beberapa kali dalam satu kelas seni mempertahankan diri, judo.

Lapor Mirror, mangsa yang dikenali sebagai Wei Wei, 7, baru saja menyertai kelas judo berkenaan selama dua minggu selepas berjaya menyakinkan ibu bapanya untuk membenarkan dirinya mencuba sukan baru.

Judo E1620527247228
Gambar hiasan

Menerusi satu rakaman video yang tersebar di internet, Wei Wei dapat dilihat dihempas beberapa kali di atas tikar latihan oleh salah seorang rakan sekelas yang lebih tua. Insiden itu difahamkan berlaku semasa satu latihan dan dipantau oleh seorang jurulatih.

0 Two Boys During Judo Practicing E1620527836431
Gambar hiasan

Dalam rakaman terbabit, kanak-kanak malang itu menjerit mengatakan dia berasa sakit di kaki dan kepala selain berkata dia sudah tidak mahu melakukannya lagi. Pun begitu, jurulatih terbabit tetap memaksa Wei Wei untuk bangun dan mengarahkan rakan sekelasnya untuk menghempasnya.

Tidak cukup dengan itu, jurulatih terbabit juga mengangkat dan menghempas Wei Wei beberapa kali apabila kanak-kanak itu sudah terlalu lemah dan tidak mampu berdiri sendiri.

Laporan lanjut juga mendedahkan Wei Wei muntah namun ‘latihan’ brutal itu masih tetap diteruskan.

‘Chances’ untuk hidup dan kembali normal tipis

Dalam satu temu bual, ibu Wei Wei berkata dia sangat kesal dan sedih atas kejadian yang menimpa anaknya itu.

“Saya masih ingat pada pagi itu saya menghantarnya ke kelas. Dia (Wei Wei) memanggil saya dan melambai. Malam itu, dia sudah berada dalam keadaan ini (koma),” katanya.

Londonambulanceservicefile0510 E1620527424186
Gambar hiasan

Difahamkan, Wei Wei dibawa ke hospital selepas dia pengsan. Doktor mengesahkan kanak-kanak itu mengalami pendarahan otak serius dan berada dalam keadaan koma susulan dihempas kira-kira 27 kali.

Walaupun doktor memberitahu peluang untuk Wei Wei hidup dan kembali normal tipis, ibu bapa kanak-kanak itu masih mengharapkan keajaiban.

Sementara itu, jurulatih kelas judo terbabit, Mr Ho, yang berada dalam lingkungan umur 60-an sudah ditahan pihak berkuasa tempatan atas tuduhan mengabaikan tanggungjawab sehingga mengakibatkan kecederaan serius.

Pun begitu, jurulatih terbabit mengaku tidak bersalah.

Sumber: Mirror

Baca: “Hempas badan atas lantai” – Hancur Limpa Dibuli 7 Senior Tahfiz, Keluarga Pembuli Minta Tarik Balik Laporan

Kes Buli Tahfiz E1620526868337

Sumber: PhillyVoice
Sumber: IJF

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.