Nampaknya tak ada negara yang terlepas daripada dijangkiti wabak COVID-19 selepas Brunei Darussalam telah mencatatkan 6 kes COVID-19 dengan kes pertama telah disahkan pada Isnin lalu.
Menurut Facebook Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam, selain dari kes pertama, 5 kenalan rapat pesakit tersebut juga telah didapati positif jangkitan virus tersebut dan telah diasingkan untuk rawatan di Pusat Kuarantin Negara di daerah Tutong.
Jangkitan berpunca dari hadiri majlis agama tabligh di KL?
Menurut laporan tu juga, pesakit yang berusia 53 tahun tersebut telah pergi ke Kuala Lumpur bersama 3 rakannya pada 27 Februari 2020 lepas.
Dia katanya telah menghadiri satu perhimpunan keagamaan (tabligh) di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur yang juga dihadiri oleh lebih 100 orang yang berasal dari pelbagai tempat termasuklah Malaysia, Indonesia dan Thailand.
Pesakit katanya telah pulang ke Brunei dengan rakan-rakan pada 3 Mac lalu melalui Miri, Sarawak. Setelah menyedari mempunyai simptom-simptom jangkitan, pesakit kemudian telah membuat pemeriksaan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha pada 8 Mac 2020.
https://www.facebook.com/MOHBrunei/posts/2638346412960375
Antara pesakit yang terjangkiti daripada pesakit pertama ialah isteri dan dua anaknya dan seorang rakan kepada kes pertama serta anak kepada rakan tersebut. Allahu…
Rakyat Brunei takut, mula panic buying?
Menerusi perkongsian di Facebook, beberapa gambar tular memperlihatkan situasi rakyat Brunei sekarang yang katanya telah menyerbu supermarket dan mula ‘panic buying’ gara-gara COVID-19.
Situasi yang sama juga pernah berlaku di Jakarta dan Singapura beberapa minggu lepas akibat kenaikan kes wabak secara mendadak. Kat Malaysia pun min tengok dah ramai tak pergi shopping mall ye.
Apa-apapun admin harap rakyat Brunei bawa bertenang dan jangan panik dengan apa yang berlaku. Yang paling penting, kita semua jaga kesihatan dengan baik dan sentiasa pastikan kebersihan diri.