in

“Bronze medalist punya” – Anak Hairul Azreen Terima Hadiah Raket Yang Lee Zii Jia Guna Semasa Olimpik

Ft Lzj Hairul

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak kepada pelakon Hairul Azreen telah membuatkan ramai netizen cemburu dengannya apabila dia menjadi insan bertuah kerana atlet badminton kita, Lee Zii Jia datang ke rumah pelakon itu.

Difahamkan, pertemuan ini adalah kali kedua setelah atlet negara itu pernah hadir ke rumah pelakon filem PASKAL tersebut buat pertama kali dalam bulan Jun lepas.


Artikel berkaitan : “But daddy promise” – Menangis Kena ‘Prank’, Anak Hairul Azreen Teruja Dapat Jumpa Lee Zii Jia

Artikel berkaitan : “Tak yah tulis karangan dah if u know, u know” – Komen Lee Zii Jia Tarik Perhatian Ramai

 

“Bronze medalist punya raket”

Pertemuan antara pelakon dan atlet itu dikatakan berlaku baru-baru ini, LZJ  berkunjung ke rumah pelakon tersebut dan memberikan anaknya, Alisa sebatang raket dan apabila Hairul Azreen bertanyakan mengenai raket itu, LZJ menjawab ia adalah raket yang digunakan ketika perlawanan beliau bagi pingat gangsa di Olimpik.

Video tersebut dilihat tular di media sosial dan rata-rata netizen cemburu melihat Alisa menerima satu barang yang dikatakan tidak ternilai daripada insan yang bukan calang-calang orangnya.

Lzj Screenshot 2024 08 13 132719

Wahh, kalau min memang min frame elok-elok dan takkan guna lah!

Sumber : TikTok, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.