in

“Bring it on!” – Puteri Sarah Dedah Syamsul Yusof Upah Peguam Untuk ‘Back Up’ Ira Kazar?

ft puteri sarah tak kisah syamsul yusof ambil peguam 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kemelut antara rumahtangga Syamsul Yusof, Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar dilihat masih belum berpenghujung.

Terkini Puteri Sarah ada kongsikan satu maklumat terkini menerusi Instagram Story miliknya berhubung dengan tindakan undang-undang yang dibuat oleh Puteri Sarah terhadap madunya iaitu Ira Kazar atas dakwaan mengganggu rumahtangganya.


Difahamkan, Syamsul Yusof telah melantik seorang peguam untuk membela Ira Kazar dalam hal ini.

 

Bring it on – Puteri Sarah

Dalam perkongsian tersebut, dijelaskan perkara tersebut daripada seseorang dan individu itu dilihat lebih memihak Puteri Sarah dengan mempertikaikan cara Syamsul Yusof memperbetulkan keadaan.

Walaubagaimanapun, Puteri Sarah dilihat seperti tidak gentar dan malah ‘sahut’ cabaran yang bakal dihadapi olehnya.

IMG 7095

Januari lalu, peguam syarie mewakili Puteri Sarah Liyana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu yang pelakon itu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar dan keluarga atas dakwaan melanggar perintah injunksi dikeluarkan Mahkamah Sivil Kuala Lumpur yang ditetapkan pada Jun lalu.

Baca : “Saya lakukan untuk maruah saya” – Puteri Sarah Failkan Saman Terhadap Ira Kazar

puteri sarah saman ira kazar 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.