Personaliti media sosial popular, Kasih Iris Leona, tampil menepis dakwaan kononnya dia sudah berkahwin secara senyap selepas beberapa keping gambarnya mengenakan gaun putih persis majlis perkahwinan tular di media sosial.
Menerusi satu hantaran di TikTok, Leona berkata, adalah mustahil untuk dia berkahwin tanpa berkongsi sebarang perkembangan di media sosial.
Malah, Leona menjelaskan, dakwaan berkenaan sama sekali tidak benar dan disifatkan sekadar salah faham dalam kalangan netizen.
Korang fikir Leona akan kahwin senyap-senyap ke? Semua benda Leona update TikTok. Boyfriend pun tak ada, apatah lagi suami,” katanya.
Malah, Leona turut berseloroh dengan mengatakan sekiranya dia benar-benar berkahwin, cincin perkahwinannya “boleh nampak dari jarak 10 kilometer”.

Artikel berkaitan: “Real ke ni?” – Leona Pakai ‘Dress’ Pengantin, Ramai Dah Ucap Tahniah?
Artikel berkaitan: “Dalam kehidupan lain” – Tidak ‘Girly’ Cik B Muat Naik Video DSV & Leona Menari Buat Ramai Sebak
Terdahulu, spekulasi itu tercetus selepas Leona memuat naik video dan foto yang memaparkan suasana romantis dipercayai daripada sebuah majlis perkahwinan.
Dalam perkongsian di Instagram, Leona dilihat mengenakan busana pengantin putih lengkap dengan veil sambil berjalan menuju ke pelamin berlatarbelakangkan dekorasi bunga serba putih di ruang terbuka sekali gus mengundang pelbagai andaian netizen.
Bagaimanapun, Leona menjelaskan perkongsian itu hanyalah sekadar suka-suka.
Kalau Leona nak kahwin, mesti semua orang tahu. Tapi sekarang ni, kahwin senyap-senyap tu macam best juga,” katanya berseloroh.
