in

“Boleh sahaja, cuma elakkan” – Da’i Fuad Tampil Memberi Penjelasan Mengenai Hukum Wanita Bertudung Pakai ‘Cap’

ergwr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ini boleh dilihat pelbagai fesyen yang telah ditampilkan kepada masyarakat untuk diikuti. Tidak ketinggalan juga dengan golongan muslimah yang turut serta menggayakan fesyen tersendiri seperti cara mengenakan hijab dan pakaian-pakaian yang menggambarkan islamik.

Namun, para muslimah juga seharusnya lebih peka dan berhati-hati sekiranya cuba mengenakan fesyen terkini. Sekiranya ragu-ragu, kita perlulah merujuk kepada orang yang lebih arif terhadap bab hukum hakam agama.


Seperti baru-baru ini, tular sebuah video perkongsian daripada seorang pendakwah yang menjelaskan hukum mengenai fesyen muslimah yang menjadi kebiasaan pada zaman ini.

Da’i Fuad perjelas hukum pakai ‘cap’

Video tersebut telah dikongsikan di laman Instagram rasminya yang menerangkan hukum pakai ‘cap’ bagi wanita bertudung baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/ChOgUtIDdX5/

Menurut penjelasannya, memakai cap ini sebenarnya tidak mesra dengan alam melayu kerana dikatakan mampu melemahkan imam kerana ia bukan satu identiti orang yang beriman. Pada zaman dahulu juga, cap digunakan oleh para pendakyah yang menyebarkan ajaran bukan islam.

Tak haram cuma elakkan

Dia juga menjelaskan bahawa hukum memakai topi itu tidaklah haram bagi wanita berhijab cuma elakkan atas sebab perempuan seharusnya tidak begitu tabarruj atau menonjol dalam berhias dan berpakaian.

“Namun bukanlah bermaksud pakai cap tu haram, waktu itu keadaan berbeza daripada keadaan hari ini. Hari ini orang pakai cap sebab nak rapikan rambut dan juga nak elak daripada panas.”

Berpakaian juga bergantung kepada niat juga. Sekiranya untuk berada dalam situasi sebab nak elak daripada terik matahari, maka dibolehkan untuk pakai.

Raih perhatian netizen terutama wanita berhijab

Video tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka ada yang keliru mengenai penjelasan tersebut. Ada juga yang mengatakan isu ini tidak perlu ditimbulkan.

Screenshot 2022 08 18 at 2.55.30 PM

Screenshot 2022 08 18 at 2.55.39 PM

Screenshot 2022 08 18 at 2.55.52 PM

Masing-masing ada pandangan sendiri. Bagi min, selagi tak melanggar hukum agama, selagi tu kita boleh menggayakan fesyen kita tersendiri. Korang pula macam mana?

Baca: “Baik buruknya saya akan tanggung” – Elyana Enggan Ulas Isu Dah Buka Tudung

Screenshot 2022 08 18 at 3.02.22 PM

 

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.