Demi untuk ikut trend terkini di media sosial, dua remaja perempuan sanggup membahayakan nyawa mereka sendiri, lapor Mirror. Kedua-dua mereka dirakam berada di atas sebuah istana lama yang telah runtuh setinggi 60 kaki ketika sedang menari untuk hasilkan video TikTok.
Kejadian itu berlaku di sepanjang runtuhan sebuah dinding Ravenscraig Castle yang terletak di Kirkcaldy, Scotland. Kedua-dua mereka dilihat berlari ke arah kamera dan juga berlari menjauhi kamera, sama seperti aksi biasa dilakukan sesiapa bila nak rakam video TikTok.
Video tersebut dirakamkan oleh seorang penduduk yang tinggal berdekatan dengan istana tersebut. Individu itu merakamkan adegan dua remaja itu berlari dan menari dari tingkap rumahnya.
Melihat aksi mereka, individu itu percaya dua remaja berkenaan sedang menghasilkan video TikTok yang menjadi trend dan kegilaan ramai orang zaman sekarang.
Mereka nampak seperti membuat video Tiktok challenge. Kedua-duanya dilihat melakukan tarian sama 10 kali.”
Individu tersebut bagaimanapun membuat keputusan untuk tidak menjerit menegur mereka kerana takut dua remaja itu terkejut dan mungkin terjatuh ke bawah.
Sebelum ini, pihak polis meminta orang ramai untuk tidak pergi ke istana tersebut selepas seorang remaja berusia 14 tahun pecah limpa serta patah tulang pelvis akibat terjatuh.
“Orang ramai selalu berkunjung ke situ untuk nikmati pemandangan tapi bukan berlari ke depan dan ke belakang semata-mata untuk video TikTok.”
“Ianya perbuatan yang bodoh. Mereka boleh terus mati kalau terjatuh.”
Tonton video di sini.
Admin yang berdebar tengok dorang lari lari atas tu!